Akhirnya Zara Zya Buka Mulut Soal Video Tak Senonoh Yang Hangat DI IGnya

Ekoran daripada video ulasan produk yang dimuat naik oleh seorang pelakon, nama Zara Zya menjadi sebutan netizen baru-baru ini.

Bukan apa, video iklan yang dikongsi itu memaparkan hubungan intim sebuah pasangan yang dikatakan tidak sesuai untuk dikongsi dalam masyarakat.

Hanya Promosi, Tak Perlu Besarkan Isu!

Melihatkan namanya menjadi topik perbualan, Zara berkata kepada HARIAN Metro bahawa rakyat Malaysia perlu berfikiran lebih terbuka dan memahami bahawa dia hanya menjalankan tugasnya sahaja.

Foto – MStar

Kongsi Zara, sesetengah masyarakat mungkin merasakan video tersebut melampau. Tetapi dia juga berkata adegan tersebut boleh menjadi lebih teruk jika ditayangkan dalam platform digital.

“Saya hanya mempromosikan produk supplemen saja, cuma mungkin ramai yang tak suka dengan video itu. Namun, jika nak diikutkan kalau tonton drama di platform digital rasanya lebih teruk dari adegan itu”. kongsi Zara.

Foto – Harian Metro

Tambahnya masyarakat tidak perlu membesarkan isu-isu kecil sebegini. Baginya ia adalah sebuah video iklan yang hanya mempromosikan makanan tambahan sahaja.

Pada masa yang sama, Zara juga berkongsi dia menerima komen atau kecaman dari masyarakat mengenai tindakannya dengan hati yang terbuka.

Terdahulu “Tak Tahu Malu Ke?” Post Video Review Tak Senonoh, Zara Zya Diserang Peminat

Kita biasa lihat selebriti tanah air membuat Instagram review atau lebih dikenali sebagai paid review bagi mempromosikan apa-apa produk jualan.

Dengan cara itu, selebriti berkenaan perlu memuat naik video atau foto yang telah diberikan oleh mana-mana pengusaha produk.

Namun, tidak semestinya selebriti itu boleh mengambil review yang bukan-bukan sehingga mendatangkan fitnah ke atas dirinya.

Terkini, pelakon Zara Zya dilihat telah dikecam oleh peminatnya di laman Instagram selepas beliau memuat naik satu video review produk barangan wanita.

Bukan itu sahaja, aksi yang ditunjukkan di dalam video itu turut mengundang kegusaran hati setiap yang menonton.

Link Video : Zarazya

Disebabkan itu, ramai peminatnya meninggalkan pelbagai respond di ruangan komen posting berkenaan kerana kebayakan pengikut Zara di laman Instagram datang daripada pelbagai usia.

Bagi mereka, Zara tidak sepatutnya memilih untuk membuat review produk berkenaan lebih-lebih lagi kini beliau sudah bertudung.

Tapi sebenarnya ramai je selebriti Malaysia yang buat review produk macam tu jugak, maklum lah mereka sudah dibayar dah nak taknak terpaksa lah post juga foto atau video seperti itu.

Mungkin Zara tersilap pandang kot, boleh jadi posting itu dimuat naik oleh pembantunya ke?

Sumber foto dan video: Instagram Zara Zya
Read More : https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-tak-tahu-malu-ke-post-video-review-tak-senonoh-zara-zya-diserang-peminat/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: