Penyayi Zamani Buat Pengakuan Berani Apa Yang Dia Terjebak Ketika Di Bangku Sekolah Sampaikan Kalau Ibu Masih Ada Dia Nak Minta Maaf Sebab Dah Memalukan Keluarga

Vokalis kumpulan Slam, Zamani membuat pendedahan berani apabila mengaku terjebak dengan penyalahgunaan da dah sejak di bangku sekolah.

Pengakuan tersebut dibuat Zamani secara ekslusif menerusi program sketsa dan bual bicara komedi, Rumah No. 107 Musim Kedua yang bersiaran pada Jumaat lalu.

Zamani berkata, terjebak dengan najis da dah adalah satu kesilapan terbesar yang dilakukan dalam hidupnya.

Katanya lagi, andai waktu boleh diputar dia mahu memohon maaf kepada ibunya kerana telah memalukan nama keluarga dan mahu mencium tapak kaki wanita yang disanjungi itu.

“Saya terus-terang cakap…Saya terjerumus dengan da dah sejak di bangku sekolah. Semua dadah daripada yang kurang kuat sampailah yang paling kuat semua saya dah…

“Andai dapat diputarkan waktu, kalau arwah ibu saya masih hidup…saya mahu memohon maaf, mohon ampun kepada dia kerana telah memalukan nama keluarga. Saya nak cium tapak kaki dia.
“Kalau dia masih ada, saya malu dengan dia, saya rosakkan diri saya sendiri. Keluarga saya orang baik-baik. Mak bapak saya tak ajar saya jadi macam ni.

“Mereka dah didik saya dengan baik tetapi saya yang tersasar. Saya tidak pernah menyalahkan kawan-kawan atau orang lain sebab memang kehendak saya,” katanya.

Selain itu Zamani turut berkongsi mengenai penyakit tulang belakang dihadapinya yang juga berpunca daripada da dah.


Selain Zamani, turut diundang sebagai tetamu istimewa Rumah No. 107 ialah Ameng, Spring yang terbuka berkongsi mengenai kisah silamnya secara ekslusif.

Berbeza dengan Zamani, Ameng berkata dia mula terjebak dengan najis da dah selepas bergelar artis dan mengakui ‘culture shock’.

“Ketika mula-mula jadi artis saya mengaku ‘culture shock’ dengan kehidupan baru saya. Maklumlah ada duit sendiri, kawan-kawan ramai.

“Saya banyak habiskan masa di kelab-kelab malam. Tetapi, saya bersyukur kerana ditangkap dan dipenja rakan selama lapan tahun dengan 10 sebatan atas tuduhan memiliki barang terlarang.

“Kalau saya tak masuk penjara, mungkin sampai sekarang pun saya tak sedar dan mungkin tidak berubah.

“Lapan tahun dalam penjara, saya isi kehidupan saya dengan perkara-perkara yang telah lama saya tinggalkan sebelum itu.

“Sikit pun saya tak sangka isteri saya setia dan sabar menunggu saya. Saya ingat lagi ketika dijatuhkan hukuman saya tak sanggup nak pandang wajah isteri. Malah saya tak pandang pun muka anak saya.

“Saya rasa nak buang semua! Saya berasakan seperti dunia saya sudah gelap. Tetapi syukur Alhamdulillah, Allah SWT ada hikmah di sebalik dugaan,” katanya.