Pihak UM Tampil Beri Penjelasan Selepas Pelajar Ini Dakwa Tak Dibenarkan Ambil Exam Sebab Belum Cucuk Vaksin

Gambar Sekadar Hiasan

Sejak semalam, tular mengenai kisah seorang pelajar perubatan Universiti Malaya (UM) yang mendakwa dirinya dilarang untuk menduduki peperiksaan kelayakan kerana belum mendapatkan vaksin Covid-19.

Dilarang menduduki peperiksaan

Menerusi video yang dikongsi bekas Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Noor Adam di laman Facebook menjelaskan tidak ada rakyat Malaysia yang boleh dipaksa untuk mengambil vaksin.

Sebagai pelajar perubatan Nik Farah (pelajar) tahu apa akibat mengambil vaksin. Dia sudah mengkaji jenis-jenis vaksin yang ada. Dia berhak untuk memilih vaksin yang dia mahukan. Kita amat sedih, negara memaksa pelajar untuk mengambil vaksin.

Nik Farah yang berusia 22 tahun sudah memaklumkan kepada pihak universiti berikutan dirinya yang tidak mahu mendapatkan suntikan vaksin.

Ia sangat sedih sebab saya dan rakan saya sudah belajar dengan tekun. Itu hak saya untuk mengambil peperiksaan. Namun atas desakan pihak universiti, saya akhirnya setuju mendapatkan vaksin dan memaklumkan perkara itu kepada pihak universiti pada April lalu.

Malah, saya dimaklumkan pihak universiti akan memberikan tarikh janji temu saya mendapatkan vaksin. Namun, sehingga hari peperiksaan pada 8 dan 9 Jun lalu, saya tidak mendapat tarikh janji temu berkenaan.

Bagaimanapun, ketika dia hadir untuk menduduki peperiksaan, pihak universiti telah menghalangnya dan meminta dia meninggalkan dewan.

Saya memohon untuk menduduki peperiksaan itu secara berasingan, namun permohonan berkenaan ditolak.

Respon pihak universiti

Foto: BBC

Terbaru, pihak UM menerusi satu kenyataan akan memandang serius terhadap laporan yang dibuat oleh pelajar berkenaan berikutan dakwaannya terhadap pihak pentadbiran UM.

Pada masa yang sama, pihak UM turut sedang meneliti perkara itu dengan lebih mendalam dan menerima sinergi daripada mana-mana pihak bagi menyelesaikan isu yang berlaku.

Sebagai sebuah universiti yang menerapkan nilai kebersamaan, Universiti Malaya sentiasa berjuang bersama-sama dengan rakyat Malaysia dalam memerangi wabak Covid-19.

Adalah menjadi tanggungjawab Universiti Malaya untuk menyediakan kampus yang kondusif dan selamat kepada warga kampus dalam berdepan dengan pandemik ini.

Sumber: Lokman Noor Adam & Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: