Terkini, Seroang Lagi Ibu Dedah Apa Yang Terjadi Selepas Anaknya Pon Tertukar

Belum pun cukup setahun mendirikan rumah tangga, sepasang suami isteri berdepan d.ugaan apabila cahaya mata sulung mereka yang baru lahir tertukar dengan anak orang lain.

Begitulah yang dialami Muhammad Khairulazman Moh Pardon dan isterinya, yang hanya menyedari pertukaran itu selepas hari kedua mereka membawa pulang bayi ke rumah.

Lelaki berusia 27 tahun itu berkata, isterinya melahirkan anak lelaki menerusi pemb.edahan di sebuah hospital di Shah Alam, Selangor, pukul 3 petang 10 Jun lalu.

“Saya ada ambil gambar anak pada hari pertama kelahiran 10 Jun, mata dia bulat dan jelas nampak. Ada juga ambil gambar esoknya 11 Jun, tapi kami tengok muka bayi macam lain.

“Perbezaan ketara adalah pada mata. Kami tidak syak apa-apa kerana mungkin selepas sehari bayi tu banyak tidur, jadi mata dia lebih mengecil,” katanya, sambil menambah isterinya dibenarkan keluar dari hospital pada petang 11 Jun sebelum membawa pulang bayi ke rumah.

Namun dia yang lebih dikenali sebagai Khairul berkata, mereka menerima panggilan mengejutkan daripada pihak h.ospital pada Sabtu malam (12 Jun) memaklumkan tentang bayi mereka yang tertukar.

“Pihak h.ospital call tanya sama ada kami periksa tag tanda nama di kaki bayi atau tak. Kami kata tak check sebab tag pada stroller bayi di hospital adalah nama isteri saya.

“Kebetulan s.ampah belum lagi dibuang, jadi kami cari tag tu. Mula-mula kami tak percaya bayi tertukar tapi bila tengok tag tu bukan nama isteri saya, kami terus bere.mosi lebih-lebih isteri saya sebab dia baru lepas bersalin,” ujarnya yang menetap di Shah Alam.

Khairul berkata, dia dan isteri yang berusia 23 tahun tidak mempunyai pengalaman menimang cahaya mata selepas berkahwin pada Julai 2020.

“Kedua-dua belah keluarga kami pula di Johor, dan hanya kami tinggal berdua. Kami bawa balik bayi tu dah dua hari, sudah tentu kami dah sayang bayi tu.

“Isteri saya men.angis, sampaikan kami tak percaya perkara ni boleh terjadi. Sepatutnya kami dapat srvis yang terbaik sebab kami bayar,” ujarnya.

Menurut Khairul, dia bagaimanapun k.esal apabila mend.akwa alasan yang diberikan pihak h.ospital berhubung i.nsiden pertukaran bayi itu adalah kerana terlepas pandang.

“Kalau sekali mereka terlepas pandang di pihak anak saya, macam mana pula anak saya boleh keluar dari h.ospital dan dibawa balik ke rumah orang lain.

“Bagi saya kec.uaian ini tidak boleh diterima. Kami buat la.poran polis berhubung keja.dian dan masih belum memikirkan untuk melakukan t.indakan selanjutnya,” katanya.

Kami dah sayang bayi tu anak orang lain. Tapi kami bersyukur terima bayi ini sebagai anak kandung kami. Cuma e.mosi kami tergang.gu.

Dia bagaimanapun amat bersyukur kerana pasangan suami isteri yang membawa pulang anak kandung mereka yang sebenar tergerak hati untuk memeriksa tanda nama pada kaki bayi yang dibawa pulang sehingga terungkainya k.es pertukaran bayi.

“Kalau tanya perasaan, kami dah sayang bayi tu anak orang lain, hari pertama dah bawa dia balik ke rumah. Semalam tengok anak kandung kami, teringat bayi yang satu lagi.

“Tapi kami bersyukur terima bayi ini sebagai anak kandung kami. Cuma e.mosi kami tergang.gu terutama isteri. Alhamdulillah anak kami sihat.

“Alhamdulillah juga kami mempunyai silaturrahim dengan keluarga di sebelah sana apabila kedua-dua bayi telah disusukan oleh isteri saya dan puan tu. Mereka berdua dah jadi adik-beradik,” katanya.

Terdahulu, dilap.orkan seorang wanita berusia 22 tahun berdepan detik ce.mas apabila menyedari anaknya yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi orang lain, selepas suaminya mendapati tanda nama pada bayi tersebut bukan tertera namanya sebagai ibu.

Wanita berkenaan, Siti Suriani Wahiddin berkata, dia dan suami menghubungi pihak h.ospital berhubung perkara itu sebelum bergegas ke ho.spital pada Sabtu malam (12 Jun) dan kemudian mendapat pengesahan berlaku pertukaran bayi.

Siti Suriani yang lebih dikenali sebagai Siti Jamumall turut membuat lap.oran polis dan mendapatkan khidmat nasihat g.uaman untuk t.indakan lanjut berhubung kej.adian.

Keadaan Terkini

Dilaporkan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dipetik sebagai berkata, laporan berkenaan dibuat oleh suami kepada Siti Suriani iaitu satu daripada pasangan yang terlibat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 9 pagi Ahad.

Kredit : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: