Fri. Dec 3rd, 2021

Aktor Kamal Adli memaklumkan dia terpaksa menanguhkan perancangan perkahwinannya bersama pelakon Uqasha Senrose yang sepatutnya dijadualkan pada minggu hadapan.

Menurut Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, 35, memberitahu mereka sudah merancang untuk mengadakan majlis akad nikah dan resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka.

Buat waktu sekarang, kita tangguh dahulu (perkahwinan) kerana tak mahu nanti ada isu-isu berbangkit. Kita hormat lockdown, bila dah dibenarkan merentas negeri (yang saya pun tak tahu bila), kita akan kahwin seperti yang dirancang.

“Sebab apa? Sebab, kita dah bayar semuanya. Memang tak boleh pull out (tarik balik) duit. Seperkara lagi, saya nak majlis kahwin kami menjadi satu peristiwa yang saya dan isteri akan kenang sampai ke akhir hayat.

“Tak naklah nikah online ke apa atau yang boleh datang 40-30 orang. Apa yang nak dikenang nanti. Pada waktu sama, kita hormat lockdown dan tunggu kes Covid-19 negara reda,” katanya kepada Kosmo! Online.

Bagaimanapun, jelas bekas Hero Remaja 2007/2008 itu, semuanya perancangan bergantung kepada keadaan pandemik Covid-19 negara. Kalau masih tidak surut-surut lagi kes positif, dia bakal isteri akan laksanakan apa wajib terlebih dahulu.

Tambah Kamal yang kini muncul dengan siri original Black musim 2, buat masa sekarang, majlis pernikahannya belum ada tarikh spesifik, namun tidak menolak untuk melangsungkan apa yang wajib seandainya lockdown mengambil masa yang panjang.

“Kita hold (tangguh) dulu tengok macam mana situasi Covid-19 negara. Kita hormat kesusahan orang lain sebab macam saya cakap tadi, tak nak orang cakap artis kayanganlah atau benda-benda macam itu.

“Kalau lockdown ini berlanjutan panjang sangat, saya mungkin akan memilih buat apa yang wajib dahulu iaitu bernikah. Sekarang ini, kita tangguh dulu dan tengok macam mana keadaan,” ujarnya.

Terdahulu, Kamal Adli dan Uqasha, 29, mengesahkan bakal diijabkabulkan namun enggan mendedahkan tarikh pernikahan mereka sekitar Mac lalu.

Mereka mendedahkan, bakal mengadakan majlis akad nikah dan tiga majlis resepsi di sebuah pusat peranginan tanah tinggi terkemuka namun terpaksa menangguhkan hasrat itu sebabkan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Sumber : kosmo

Terdahulu Pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli sah melangsungkan pertunangan pada petang Ahad.

Menurut sumber, majlis merisik turut dijalankan serentak pada petang tadi dan telah berlangsung secara tertutup di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.Majlis juga hanya dihadiri ahli keluarga terdekat kedua-dua pasangan.

Walaupun Uqasha dan Kamal tidak memuat naik sebarang foto, namun momen indah tersebut telah dikongsi adik pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa itu di ruangan Insta Story di Instagram.

Selain Raysha, pereka fesyen Shanell Harun turut memuat naik hantaran ketika sedang menatarias Uqasha di laman sosial IGnya.

Busana indah disarung Uqasha pada majlis dilangsungkan hari ini direka Shanell Harun dan

disolek oleh Cahaya Sakinah.Terdahulu, Uqasha telah berkongsi kepada media ingin mengadakan majlis perkahwinan di tanah tinggi.

Kata Uqasha ia bersesuaian dengan impiannya dan Kamal mahu mengadakan majlis berkonsepkan taman dan ‘outdoor’.

Hubungan cinta Uqasha dan Kamal mula berputik selepas digandingkan menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad pada 2019, namun tiada sebarang pengesahan dibuat pasangan itu.

Kemudiannya, mereka sekali lagi berpasangan menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa pada Oktober, tahun lalu.

Pengarah, Michael Ang ‘memecahkan rahsia’ dalam media sosial memberitahu bahawa Kamal dan Uqasha sudah menghadiri kursus perkahwinan ketika penggambaran drama Perempuan Tanpa Dosa.Menguatkan spekulasi percintaan apabila Kamal akhirnya melamar Uqasha secara terbuka dalam Anugerah MeleTOP Era 2020, Disember tahun lalu yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *