Fri. Dec 3rd, 2021

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menitahkan supaya ahli politik di Johor supaya memberi keutamaan kepada krisis kesihatan dan ekonomi di negeri ini.

Tunku Ismail dalam hantaran di akaun Facebook rasmi baginda bertitah, dua isu berkenaan seharusnya perlu menjadi tumpuan bukannya perkara lain termasuk berpolitik.

“Saya ingin memberi pandangan dan nasihat yang ikhlas kepada semua ahli politik di Johor ataupun mana-mana.

“Anda harus memberikan keutamaan kepada krisis kesihatan dan krisis ekonomi yang kini berada di tahap yang amat membimbangkan. Sekarang bukan masa untuk berpolitik.

“Anda semua dipilih oleh rakyat untuk berkhidmat demi rakyat dan negara. Tolonglah berikan tumpuan untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan cuba sedaya boleh untuk memerangi pandemik ini,” titah baginda.

Tunku Ismail turut meminta ahli politik di negeri ini mengenepikan perbezaan mereka buat sementara waktu.

“Ketepikan segala perbezaan politik, lakukan gencatan politik buat sementara ini dan berikan tumpuan sepenuhnya kepada rakyat.

“Ini adalah masa untuk berkhidmat dan membantu rakyat,” katanya.

Kredit:HMetro & HRH Crown Prince of Johor FB

Menurut Ayob, lelaki tersebut memuat naik video dengan komen yang jelik dan menghina TMJ di akaun Instagram miliknya. – PDRM

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang pembantu gerai buah-buahan pada Ahad, susulan memuat naik 12 video mengandungi komen jelik serta menghina Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibrahim.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.30 malam tadi di rumahnya di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor.

Katanya, lelaki tersebut memuat naik video dengan komen yang jelik dan menghina TMJ di akaun Instagram miliknya.

“Semalam telah ada banyak diviralkan daripada Instagram seorang individu bernama ‘Amirul Naito’. Ada 12 hantaran dibuat individu terbabit dan perkataan-perkataan yang digunakan amat jelik, menghina dan sebagainya.

“Laporan polis telah dibuat (susulan perkara itu). Laporan pertama di Kangkar Pulai berhubung perkara sama. Dia telahpun ditangkap semalam pada jam lebih kurang 9.30 malam di rumahnya di Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor,” ujar Ayob.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Ayob berkata, siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes ugutan jenayah dan khianat.

Siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Ayob berkata, masyarakat dinasihatkan supata tidak menyalahgunakan media sosial dengan memuat naik video dengan kata kata jelik dan menghina.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *