Ini Punca Kenapa Kes Perbicaraan Neelofa Dan PU Riz Ditunda

Pengurusan kes selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), ditunda kepada 15 Julai ini.

Peguam M Haresh yang mewakili pasangan terbabit berkata, kes itu sepatutnya disebut semula pada 23 Jun ini tetapi ditangguhkan sekali lagi oleh pihak mahkamah disebabkan tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Pihak Mahkamah menangguhkan tarikh pengurusan kes ini (sebutan semula kes Neelofa dan suami) pada 15 Julai depan selepas kerajaan melanjutkan tempoh PKP 3.0,” katanya dihubungi hari ini.

Pada 20 Mei lalu, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual permaidani di pusat perniagaan Nilai 3 dekat sini, 2 Mei lalu. Mereka berdepan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara hingga enam bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Muhammad Haris, 26, didakwa atas dua kesalahan gagal mematuhi SOP PKPB dengan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual serta tidak memakai pelitup muka di Kedai Naeem Carpet Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Nilai 3, Nilai, pada jam 4 petang, 2 Mei lalu.

Noor Neelofa, 32, pula dituduh tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk di premis itu atau menulis secara manual pada masa dan tarikh yang sama.

Sumber: Harian Metro

Terdahulu Neelofa, suami jumpa polis hari ini

SEREMBAN: Usahawan dan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, dipanggil petang ini untuk memberikan keterangan berhubung kes mereka merentas negeri di Pusat Perniagaan Nilai 3, dekat sini.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Che Zakaria Othman, berkata beliau sudah dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Abd Rahman bahawa pasangan berkenaan sudah membuat janji temu petang ini.

“Neelofa dan suaminya dipanggil oleh Ketua Polis Daerah Nilai petang ini untuk ditemuduga lebih lanjut (berhubung rentas negeri ke Nilai).

“Siasatan secara adil akan dijalankan dan kemudian akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Bubur Lambuk Persatuan Bekas Pegawai Kanan Polis (RESPA) kepada petugas barisan hadapan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini, petang ini.

Che Zakaria berkata polis juga sudah mengambil keterangan daripada pekesai permaidani yang dikaitkan dalam kes itu.

Sementara itu, BERNAMA laporkan, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman, dalam kenyataan berkata pihaknya telah mengambil keterangan pasangan selebriti berkenaan selama empat jam di IPD Nilai bermula jam 2.30 petang.

Beliau berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No.4) serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber : BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: