Datin Shahida Tampil Bagi Ayat Kaw Pada Sharnaz Selepas Dia Kondem Kaw Kaw Sup Jolo Aliff Syukri

Selain dikenali sebagai Chef Selebriti Malaysia, Datuk Chef Wan juga cukup kenal dengan sikapnya yang lantang dalam memberikan pendapat di media sosial.

Terbaru, Datuk Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan bin Ismail ini ada ‘sembur’ usahawan kosmetik yang sering menjadi tumpuan netizen, Datuk Aliff Syukri.

Rasa pedas b0doh – Sharnaaz Ahmad

Mungkin ada yang perasan dan ada yang tak bahawa Aliff Syukri ini ada melancarkan satu produk makanannya sendiri, makanan itu dikatakan tengah viral.

Ia telah membuatkan pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad terpanggil untuk membuat review dekat makanan tersebut menerusi saluran YouTube miliknya pada hujung bulan April lalu.

Dalam video diatas, Sharnaaz menjelaskan bahawa makanan daripada usahawan itu tidak memberangsangkan. Ini kata-katanya.

Dia nak rasa macam kari pun ada, rasa macam.. Pedas bod0h orang panggil, benda ni pedas b0doh, bebola daging lembu hancur, apa ni! Aku minta maaf, aku bukan nak h1na makanan tapi RM16.50 hang jual macam ni. Kalau Chef Wan dengar RM16.50 dia buat macam ni….”

Sharnaaz juga meminta agar Aliff Syukri memperbetulkan kualiti produk makanannya itu.

VIDEO REVIEW SUP SOLO

Isu Sharnaaz Kritik Sup Jolo Aliff Shukri, Shahida Balas

Isu Sharnaaz Kritik Sup Jolo Aliff Shukri, Shahida Balas; "Bercakap Yang Baik Pun Tak Salah Sebenarnya"

Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid tampil bersuara ekoran kritikan yang dibuat aktor Sharnaaz Ahmad mengenai Sup Jolo keluaran produk suaminya.

Menurut Shahida, setiap orang mempunyai citarasa dan pandangan yang berbeza.

Tambahnya, sebelum ini dia kerap kali membuat ulasan (review) makanan namun lebih memilih untuk memberi komen yang baik.

“Terpulang pada citarasa dan pandangan individu. Lain orang lain rasa dan cara. Saya sendiri selalu saja review makanan orang bagi pada saya. Tak ada bayaran pun.

“Tapi saya tak pernah review yang buruk-buruk sebab tak sedap di tekak saya. Mungkin sedap di tekak orang.

“Sedap di tekak saya, tak tentu sedap di tekak orang. Jadi bercakap yang baik-baik pun tak salah sebenarnya,” katanya.

Shahida menjawab pertanyaan pengikut menerusi ruangan Ask Me Question pada Sabtu.

“Sharnaaz ada komen pasal sup jolo Aliff Syukri. Apa komen datin?” tanya individu yang tidak diketahui identitinya.

Sebelum ini, Sharnaaz menerusi saluran Youtubenya telah mencuba dan merasa Sup Jolo Aliff namun bengang dengan rasa makanan tersebut.

KOMEN CHEF WAN

Video tersebut juga telah menarik perhatian cef selebriti terkenal, Datuk Redzuwan atau lebih dikenali dengan panggilan Chef Wan.

Bila hal ini sampai ke pengetahuan Chef Wan kerana komen itu viral di TikTok dan ada orang hantar kepadanya, Chef Wan menerusi IGTV miliknya hari ini pula ‘sembur’ Aliff Syukri.

Terhibur dengan cara review Sharnaaz Ahmad, Chef Wan tidak membantah dengan komen yang Sharnaaz berikan kerana ianya merupakan satu perkara normal kerana alam perniagaan makanan ini, peniaga perlu terima komen positif dan negatif orang, katanya.

Saya rasa Aliff pun dah masak dengan kulit muka dia nak setebal pintu j4mban Cik Kiah itu!

Tu la orang nak berniaga makananan pun kau nak juga jual makanan bukan tak boleh kena berhati hati.”

Chef Wan juga berpesan kepada Aliff Syukri agar asah kemahiran memasak dahulu sebelum menjual makanan, dia juga berpesan untuk laburkan kepada orang yang betul jika ingin mengendalikan perniagaan makanan.

Sumber : GEMPAK

Olahan: AwattSyeikhhh Network