Suhaimi Saad Serta Merta Letak Jawatan Penyayi Nasyid Dan Terus Tubuh Group Bersama Isteri & Anak

Awal minggu lalu, industri hiburan Tanah Air ‘dikejutkan’ dengan pengumuman bekas ahli kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad yang enggan lagi digelar penyanyi nasyid.

Oleh itu, dia meminta orang ramai tidak melabelnya sebagai penyanyi lagu nasyid seperti sebelum ini.

Tubuh grup nyanyi dengan keluarga

Namun begitu, menerusi Harian Metro, Suhaimi memaklumkan yang dia bersama isteri, Ina Naim dan empat anak mereka iaitu Ehmad Hadie El Fardie, 13; Sallman El Khoyri, 11; Phyrosh Ed Fadwah, 9; dan Nurlayla El Ghufrony, 7 telah menubuhkan sebuah kumpulan nyanyian sekitar Januari lalu.

“Saya akan terus menyanyi mengikut cara sendiri dan selagi ada suara. Tanpa jenama nasyid pun saya masih boleh berkarya.”

“Justeru saya menghasilkan album bersama kumpulan Bismillah yang ditubuhkan pada Januari lalu. Ia dianggotai saya dan isteri, Ina Naim serta anak-anak,” katanya.

Lagu berunsuf positif & ketuhanan

Penyanyi yang kerap kali mengeluarkan kenyataan kontroversi itu juga bertegas enggan digelar kumpulan nasyid atau genre berkenaan kerana merasakan mereka hanya menyanyikan lagu yang berunsur positif, nasihat dan ketuhanan.

“Ikutkan ramai juga artis pop lain buat macam ini dan mereka tak dipanggil penyanyi nasyid pun. ujarnya.

Menurut sumber lagi, Suhaimi menyatakan bahawa mereka akan mengeluarkan sebuah album nyanyian dan akan dipasarkan  dengan harga RM30 berbentuk CD dan hantaran file.

Semua urusan boleh menghubunginya menggunakan aplikasi whatsApp dan penghantaran secara pos.

Terdahulu, Suhaimi Saad kerap kali mengeluarkan kenyataan yang agak sensitif dan bertentangan  mengenai isu-isu besar seperti vaksin dan juga prosedur operasi standard (SOP) yang mencetuskan perbalahan di media sosial.

Hal ini membuatkan namanya sentiasa menjadi ‘sebutan’ dan kerap trending kerana isu-isu baru yang hangat dibualkan di media sosial.

Sumber: Harian Metro (Ridzuan Abdul Rahman)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: