Siti Sarah Kena Keccam Sebab Masak Benda Haram, Sekali Siti Sarah Mintak Pendapat Ustaz Dan Ini Jawapanya

Penyanyi Siti Sarah baru-baru ini berkongsi video masakan Sotong Masak Hitam di laman sosial Instagram (IG), namun hantaran tersebut menjadi pertikaian netizen.Ada di antara mereka yang mempertikaikan Siti Sarah kerana memasukkan dakwat sotong ke dalam masakan yang didakwa haram.

Lebih menyedihkan apabila dia turut digelar bodoh kerana tidak mengambil tahu dan kononnya memperlekehkan hukum agama.

“Baru ni ada masak sotong masak hitam .. ramai juga yg dm, tapi tak la post semua amik 3 ig story je buat cth .. alih2 ada yg menghentam n ckp bkn2… siap bodohkan kita pulak kot ye pun tak boleh cakap elok2 ka? katanya ada ustaz facebook ckp haram makan sotong masak hitam” – Siti Sarah

Tidak mendiamkan diri, Siti Sarah bertindak bertanyakan tentang hal tersebut kepada individu yang lebih arif berhubung isu tersebut.

Dengan pertolongan suaminya, Shuib, mereka berjaya mendapatkan Imam Muda Asyraf untuk memberikan penjelasan.

Saya bukan mahu jadi penyanyi - Imam Muda Asyraf | Astro Awani

Siti Sarah turut berkongsi rakaman suara Imam Muda Asyraf menerusi hantaran terbarunya di IG dan berharap agar ia menjadi manfaat kepada semua.

Menerusi rakaman tersebut Imam Muda Asyraf menjelaskan menurut mazhab Syafie dan sebahagian fatwa, dakwat sotong dikategorikan sebagai najis kerana apa sahaja yang berada dalam perut haiwan adalah najis.

Namun jelas beliau lagi, pandangan-pandangan hari ini sebahagian ulama menyatakan tidak haram kerana dakwat sotong bukan najis tetapi sebahagian daripada sotong itu sendiri.

“Jadi untuk selamat, jika sotong yang dimasak terus dengan dakwatnya maka ianya harus bersih, tak ada masalah.

“Kalau orang tanya, tak tahu nak jawab suruh pergi cari website Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, beliau ada sebut tentang dakwat sotong ini,” jelasnya.

VIDEO:

Sumber : GEMPAK

Kredit: Awattsheikh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: