Fri. Dec 3rd, 2021

DEMI kasih kepada isteri, seorang suami sanggup berkorban demi menyelamatkan insan yang disayangi meskipun nyawa menjadi galang gantinya.

Begitulah kisah pasangan ini yang terlibat dalam kema langan jalan raya, yang mana si suami mengalami kecede raan parah di kepala yang menyebab dirinya terlantar kira-kira empat bulan, sebelum akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

Mengimbas kembali tragedi yang tidak dapat dilupakan seumur hidup itu, Fateha Najwa, 25, berkata meskipun sudah hampir dua tahun berlalu, namun kejadian pada 28 Ogos 2019 itu masih jelas di ingatannya.

“Selepas makan tengah hari, suami hantar saya pergi kerja dengan menaiki motosikal. Tiba di satu persimpangan lampu isyarat dekat Sungai Buloh, tiba-tiba sebuah van sekolah meluru dan kejadian berlaku dalam sekelip mata.

“Saya buka mata je, tengok-tengok dah terlantar atas jalan raya. Saya cede ra ringan pada bahu, siku, dan lutut. Masa itu tercari kelibat suami sebab hairan, kalau jatuh motor, dia mesti datang cepat-cepat dan tanya keadaan saya.

Najwa sedang mengandungkan anak bongsunya, Yusuff ketika kema langan berlaku.

“Tapi dia tak datang pun. Kemudian barulah saya nampak sekujur tubuh berlumuran darah. Saya bergegas pergi mendapatkannya, masa tu dia macam tak ada respon dah.

“Sambil menangis, saya bisikkan nama ‘Yusuf’ dekatnya banyak kali. Yusuf adalah nama yang dia pilih untuk bayi ketiga kami yang berusia lapan bulan dalam kandungan saya masa itu. Saya cakap ‘takkan abi nak tinggalkan saya? Tak nak tengok Yusuf dulu ke?’ Terus dia tersedak keluar da rah dari mulut. Saya pangku sampai ambulans tiba,” ujarnya.

Tambah wanita yang senang disapa sebagai Najwa ini, suaminya, Mohd Khairul Nizam Ramly dimasukkan ke zon merah dan ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU).

Najwa turut dimasukkan ke wad untuk pemantauan memandangkan keadaannya yang sarat mengandung pada ketika itu.

Kenangan Aidilfitri pada 2019.

“Selepas saja keluar wad, saya terus ke ICU. Doktor menerangkan bahawa melihat kepada kecede raan suami saya, keadaannya jadi macam tu sebab melindungi pemboncengnya. Mendengar sahaja kata-kata doktor, saya terus menangis. Rupa-rupanya suami lindungi saya sampai dia yang terseret,” kata ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Menurut Najwa, suaminya mengalami kecede raan pa rah pada muka dan kepala serta bahagian paru-parunya turut terjejas impak kema xlangan berkenaan.

Tiga bulan dirawat di hospital, suaminya dibenarkan untuk pulang ke rumah namun masih terlantar di atas katil.
Saya rasa seperti ada orang perhati dari luar, ada terbau wangian, dan pernah mimpi arwah suami mening gal dunia.
FATEHA NAJWA
ISTERI

“Saya dengan ibu mentua menjaganya. Jika saya keluar bekerja, ibu mentua akan mengambil alih. Alhamdulillah, bayi bongsu kami selamat dilahirkan dan sempat berada di atas dada abinya.

“Selepas pulang kerja, saya akan ambil alih pula. Saya selalu bersembang, urut dan lap badannya,” cerita Najwa yang bekerja di sektor swasta.

Hanya sebulan dapat ‘meluangkan’ masa di rumah bersama keluarga, suami Najwa akhirnya menghembuskan nafas terakhir.

Suami Najwa menghembuskan nafas terakhir selepas empat bulan terlantar.

“Beberapa hari sebelum tu, suami demam dan ada ketika nafasnya tercungap-cungap. Pada 13 Disember 2019, malam tu saya bacakan Yasin… seolah-olah dapat rasa suami akan pergi meninggalkan kami.

“Sebelum masuk tidur, macam biasa kami anak beranak akan cium dulu suami. Baru saja nak tidur, tiba-tiba saya dengar nafas suami seperti terhenti. Sudah tiba ajal menjemput ketika itu.

“Sebenarnya ada banyak petunjuk yang saya alami sebelum itu. Saya rasa seperti ada orang perhati dari luar, ada terbau wangian, dan pernah mimpi arwah suami mening gal dunia. Tak sangka, ia menjadi kenyataan.

Najwa bersama Yusuff yang kini hampir berusia dua tahun.

“Sedih namun saya reda. Ar wah memang seorang suami, anak dan abang yang baik untuk adik-adiknya. Selama berkahwin, arwah akan dahulukan ibunya. Sanggup tolak tawaran kerja sebab nak jaga ibu selepas arwah bapanya mening gal dunia,” ujarnya.

Sama sekali tidak menyangka perkongsiannya tular di aplikasi TikTok sehingga menyentuh hati netizen, Najwa berkata video tersebut didedikasikan khas buat ar wah suaminya.

“Saya rangkumkan kenangan untuk disimpan sebagai memori… langsung tiada niat apa-apa. Saya cuma nak hargai kenangan bersamanya, pengorbanannya untuk kami.

“Ramai lihat saya kuat, namun ada kalanya rapuh juga. Namun terpaksa kuat. Anak-anak amanah arwah dan orang sekeliling adalah kekuatan saya. Terima kasih kepada mereka yang beri kata-kata semangat dan mendoakan arwah,” ujarnya lagi.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *