Fri. Dec 3rd, 2021

Semalam (Rabu) usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat telah memuatnaik sebuah video di laman Instagram nya. Video yang memperlihatkan Sjaat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman memakai kostum Maleficent dipercayai telah dirakam di sebuah balkoni premis.

Bersembunyi Di Country Garden Danga Bay, Johor Bahru?

Link Video : nursajat23

Di sebalik aksi usahawan itu, perhatian turut tertumpu di ruangan komen yang mana segelintir netizen mendakwa latar belakang video yang dimuat naik Sajat, menyamai sebuah lokasi dan dipercayai terletak di Country Garden Danga Bay, Johor Bahru. Malah segelintir daripada mereka turut mendakwa kondominium tersebut milik sahabatnya yang dikenali sebagai Mokkay.

Polis Nafi Sajat Berada Di Johor

Dalam perkembangan berkaitan, baru-baru ini media melaporkan penafian daripada pihak Polis Johor berkaitan Sajat kononnya berada di Johor Bahru.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Md Yusof Ahmad, pemeriksaan sudah dilakukan di dua lokasi usahawan kosmetik itu seperti dinyatakan iaitu di premis perniagaannya di Pusat Komersial Bandar Baru Uda (BBU) dan kondominium mewah di Danga Bay. Bagaimanapun, tiada kelibat usahawan itu di dua lokasi berkenaan.

Barangkali ia merupakan sebuah video lama yang dimuatnaik oleh Sajat dan Polis juga mengharapkan agar orang ramai hanya perlu menghubungi mereka sekiranya usahawan itu benar-bendar disaksikan oleh mereka.

Sumber : Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *