Fri. Dec 3rd, 2021

SETIAP perkara yang dilakukan pasti mengundang perhatian ramai. Itulah harga yang perlu dibayar apabila sudah bergelar seorang selebriti.

Terbaharu, foto yang dimuat naik Azira Shafinaz mencuri tumpuan kerana dikatakan telah ‘mengg0da’ pandangan ramai.

Difahamkan, foto-foto tersebut dimuat naik bagi mempromosikan sebuah jenama tas tangan terkenal.

Belek punya belek, rupa-rupanya foto yang dimaksudkan netizen ialah aks1nya yang dikatakan tidak sesuai tayangan umum.

Menurut netizen, foto yang memaparkan bahagian belakang Azira itu dilihat kurang sopan, malah ada juga mempersoalkan mengapa gambar tersebut perlu dimuat naiknya.

“Rasanya foto terakhir itu tak perlu kot muat naik,” tegur seorang netizen.

“Ini sengaja nak menunjuk ke apa?” soal seorang lagi pengikut Instagramnya.

Tidak kurang juga, ramai lelaki miang turut meninggalkan komen-komen luc4h. Amboi, tulis komen tak pandang kiri-kanan sungguh.

Memang seriau lihat komen mereka. Mungkin pada pandangan Diva, foto ini terlihat biasa tetapi bagi netizen terutama golongan lelaki pula sebaliknya.

Apapun, kawallah jari daripada menulis komen yang bukan-bukan dalam Instagram orang lain. Kalau Azira viralkan, nanti malu pula. Jangan sampai Mamu pula ‘sound’ anda!

Netizen Usik Azira Shafinaz Dengan Sharnaaz Ahmad

Baru-baru ini topik yang sedang hangat dibincangkan oleh pengguna media sosial apabila melihat keakraban penyanyi Azira Shafinaz bersama pelakon Sharnaaz Ahmad di laman sosial Instagram.

Lagi membuatkan netizen teruja apabila rakan selebriti Sharnaaz iaitu Shukri Yahya mula mengusik dia dan Azira setiap kali melakukan live di Instagram bersama.

Terlihat di ruangan komen hantaran baru Azira, rata-rata netizen menunggu Sharnaaz untuk meninggalkan komen emoji hati berwarna merah di hantaran tersebut seperti yang sering kali dilakukan olehnya sebelum ini.

Azira up apa-apa pun semua cari mamu dulu.

Cantiknya dia mamu @sharnaazahmad.

Masih tiada lagi kepastian tentang hubungan diantara kedua pihak dan bak kata Azira mereka hanya berkawan sahaja buat masa ini.

https://youtu.be/4mKb7BucO8I

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

 

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Terdahulu, Gosip cinta Sharnaaz dan Azira Shafinaz makin panas… Shukri Yahaya syak dah masuk ‘first stage’

 

Shukri tidak pasti sejauh mana hubungan Sharnaaz dengan Azira.

GELAGAT pelakon Shukri Yahaya dengan Sharnaaz Ahmad setiap kali mereka berbual dan bergurau ketika sesi Instagram Live (IG Live) sering menarik perhatian netizen.Malah, Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya dilihat gemar menyakat rakan baiknya itu yang kini digosipkan bercinta dengan aktres dan penyanyi Azira Shafinaz.

Biarpun rapat dengan Sharnaaz, namun Shukri berkata dia tidak mengetahui sejauh mana hubungan mereka berdua namun mendedahkan aktor tersebut dan Azira masih dalam fasa mengenali satu sama lain.

Shukri suka menyakat Sharnaaz dan Azira ketika IG Live.

“Memang saya dengan Sharnaaz selalu juga buat IG Live bersama. Kalau dia tengah IG Live, saya akan join sekali… sebab saya suka kacau dia.

“Kami memang rapat juga tapi sejauh mana hubungan Sharnaaz dengan Azira, itu saya tak pasti sangat. Tapi saya rasa mereka masih berkawan.

“Mungkin masih di fasa mengenali satu sama lain… belum ada lagi kata putus yang mengatakan mereka ini pasangan kekasih,” kata Shukri kepada mStar.

Sebelum ini beberapa video IG Live Shukri dan Sharnaaz mendapat perhatian ramai apabila Azira turut menyertai mereka.
Belum ada kata putus yang mengatakan mereka (Sharnaaz dan Amira) ini pasangan kekasih.
SHUKRI YAHAYA
PELAKON

Sharnaaz dan Azira dikaitkan mempunyai hubungan istimewa selepas aktor itu memuat naik foto mereka bersama dan kerap berbalas komen di Instagram.

Dalam pada itu, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini juga berkongsi mengenai aktiviti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini.

Mengakui berasa paranoid melihat kes Covid-19 yang semakin meningkat, Shukri mengambill langkah lebih berjaga-jaga demi keselamatan orang tersayang.

Shukri bersama isteri dan dua orang anak mereka.

“Macam biasa la, sepanjang tempoh PKP ini tak ada penggambaran. Jadi saya luangkan masa bersama keluarga. Selain itu saya tetap dengan hobi saya membuat leather, main games dan melukis kadang-kadang,

“Melihat kes setiap hari meningkat ini, memang buat saya jadi paranoid juga la. Nak keluar pun takut, sebab kita dekat rumah ada anak-anak kecil. Saya memang sangat berjaga-jaga.

“Saya berharap sangat dan berdoa supaya saya tak leka dengan keadaan sekeliling… SOP sangat penting, kalau tak ada benda penting, saya memang tak keluar. Demi menjaga orang tersayang,” ujarnya.

Untuk rekod, Shukri mendirikan rumah tangga dengan Tya Adnan pada 20 November 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata, Aira Ameena, 5 dan Maleeq Miqayl yang kini berusia 11 bulan.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *