Fri. Dec 3rd, 2021

Selaku ketua keluarga, para suami wajib menyediakan nafkah serta keperluan lain yang secukupnya untuk anak isteri. Namun masih ada ramai yang bersikap culas dan ambil ringan perkara tersebut, sekali gus isteri yang paling terjejas akibatnya.

Isteri Nak Kerja Dilarang, Tapi Suami Cuma Hulur RM100 Duit Belanja Rumah 2Gambar sekadar hiasan

Duit belanja RM100 sebulan untuk beli keperluan rumah & anak…Katanya itulah sekali duit nafkah

Menerusi Twitter, wanita bernama Maisarah ini juga berkongsi cerita hampir sama melibatkan adik rakannya. Dia hanya dihulurkan wang berjumlah RM100 sahaja setiap bulan untuk beli barang keperluan rumah termasuklah untuk 2 anak mereka. Paling menyakitkan hati wanita terbabit bukan saja tidak dibenarkan bekerja, malah siap dilabel tidak bersyukur oleh suami setiap kali nyatakan hasrat itu.

Sebelum kahwin discuss kewangan, boleh kerja atau tak…Lainlah kalau ‘sayang’ tu boleh bayar bil

Bukan niatnya untuk menjaga tepi kain orang, tapi dia didatangi wanita terbabit sewaktu bertanyakan soal hibah untuk anak-anak. Justeru Maisarah menasihati wanita bujang khususnya di luar sana agar ambil iktibar daripada kisah ini.

Wujud lagi manusia macam ni? Kesian isteri dia..

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut mendengar kisah tersebut. Malah ramai yang setuju bahawa jumlah nafkah tersebut sangat tidak memadai untuk berbelanja pada zaman kini.

Sumber: Twitter maaiiyonnaise

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *