Dah La Comel, Pandai Mengaji Pulak Tu, Sejuk Perut Mak Hang Noh

Anak boleh dikatakan umpama kain putih yang belum bercorak. Untuk melihat corak di kain itu, didikan dan pegaruh yang ditunjuk sejak kecil adalah peranan utama.

Ini merupakan tanggungjawab untuk ibu bapa kepada cahaya mata yang telah dianugerahkan oleh Allah.

Sebagai orang beragama Islam, antara didikan yang paling baik adalah mengenali kitab suci iaitu Al Quran.

Cara untuk mengenali lebih dekat dengan pencipta adalah mendidik anak kecil untuk belajar mengaji dan membaca al-Quran.

Syukur Alhamdulillah, pasangan selebriti terkenal Zain Saidin dan Rozita Che Wan mengambil inisiatif untuk mengajar anak perempuan mereka, Aaisyah Dhia Rana untuk belajar mengaji.

Sebelum ini, dikatakan Aaisyah ada belajar mengaji dengan ustazah yang ada datang ke rumah dan ketika musim PKP ini Aaisyah dilihat sering belajar mengaji secara online.

Dalam perkembangan terkini, di laman Instagram milik Aaisyah Dhia Rana, ada satu video yang diupload menunjukkannya sedang membaca al-Quran.

salam maghrib …

VIDEO1:

Link Video : aaisyahdhiarana111

Link Video : aaisyahdhiarana111

KOMEN NETIZEN:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! GB

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Gossip Bawang

Sumber:  http://www.dnq.pw/

Terdahulu Rozita Che Wan Selamat Bersalin Bayi Perempuan


Rozita dan anaknya… gambar dari Instagram Ayu Raudhah.

PETALING JAYA: Pelakon Rozita Che Wan,41 selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang Puteri, dekat sini, pada Sabtu.Menurut pengurus Rozita, Afiq Wahab, pelakon itu melahirkan bayi seberat 2.8 kilogram secara normal dan kedua-dua ibu serta bayi itu berada dalam keadaan baik.

“Rozita dimasukkan ke hospital pada pukul 8 pagi tadi (Sabtu), dia tidak mengalami sebarang tanda-tanda untuk bersalin, namun doktor menasihatkan agar masuk pada hari ini juga.

“Saya pun tidak sangka pukul 2.18 petang dia sudah selamat melahirkan bayi perempuan, semuanya berjalan dengan lancar,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Sabtu.

Afiq berkata, dia sempat bersarapan bersama Rozita sebelum menghantar wanita itu ke pusat perubatan tersebut.