Scam Teknik Baru Berjaya Paling Banyak Selepas Banyak Pembeli Kecundang. Gadis Ini Dedahkan Segalanya

Kena tipu online ini seperti lumrah biasa dalam dunia ini. Bermacam macam cerita kita dengar apabila ada yang terkena tipu ketika berurusan secara online.

Pihak scammer akan sentiasa mengubah cara mereka untuk menjerat pembeli pembeli ini. Walaupun jumlah yang ditipu tidak besar malahan ada yang harga puluhan sahaja tetapi cuba bayangkan jika sehari mereka dapat menipu 100 orang sehari.

Selalu kita dengar tentang MACAU SCAM, dimana mangsa akan diperdaya bahawa mereka perlu membayar sejumlah wang yang banyak. Teknik ini ramai sudah tahu dan disebabkan itu scammer biasanya hanya boleh mencari mangsaa dari kalangan warga emas atau orang kampung.

TEKNIK TERBARU .. AMBIL BARANG BARU BAYAR

Seorang pengguna Facebook bernama La Dolce Niza telah memuat naik 1 kisah tentang bagaimana modus operandi scammer dimana mereka akan meletakkan satu barang yang diminati ramai tetapi harga adalah jauh lebih murah.

Untuk lebih mudah menjerat mangsa, mereka akan meletakkan syarat bahawa mangsa tidak perlu membayar apa apa selagi barang belum sampai tetapi apabila barang sampai pembeli harus membayar dulu baru boleh menerima barang.

Mereka akan menggunakan kurier yang berdaftar seperti Ninja Van dan DHL.

Scammer daripada China guna teknik COD/ Dapat barang baru bayar

Ramai sudah pembeli di Malaysia terkena dengan teknik scammer daripada China yang menjual barang-barang mengunakan teknik COD (dapat barang baru bayar)

Ramai sebenarnya akan percaya sebab kononnya takkan la Seller nak menipu sebab dapat barang dulu baru bayar kan.

Sebenarnya modus operandi mereka akan jual sesuatu barang pada harga tak masuk akal seperti gadget, phone, laptop dan sebagainya. Contohnya harga pasaran tablet RM800 tapi mereka hanya jual pada harga RM300.

Mereka akan mengunakan company DHL atau Ninja Van untuk menghantar barangan mereka. Dan pembeli akan perlu membayar dahulu sebelum mereka dapat membuka parcel mereka.

Dan apabila mereka membuka parcel tersebut.. Tika dan saat inilah kita akan rasa tertipu. Macam saya order laptop touch screen tapi hanya dapat plastik game demo set yang hanya untuk display je.

Bila saya jumpa balik dengan rider DHL tu mereka pun tak dapat buat apa sebab dah klik Successful Delivered.

Bila saya pergi balik ke page tersebut.. Rupanya ramai yang tertipu, ada yang dapat keyboard bodoh je. Ada yang dapat plastik hiasan je. Dan paling best.. Selepas 3 4 minit kita komen pasal penipuan mereka.. Mereka terus delete komen kita dan akan disable page pada hari itu juga..

Namun mereka akan membuat beribu page lagi dan menggunakan iklan di FB untuk mencari pelanggan mereka.

Paling best.. Mereka langsung tidak memberikan no contact atau email untuk kita hubungi mereka. Hanya ada email daripada company DPE Logistic iaitu company Delivery daripada China.

Jadi sampai kita mati pun kita takkan tahu siapa, di mana dan berapa ramai sudah menjadi mangsa mereka.

Jadi hati2 lah kalau ada jualan murah x masuk akal.

Kisah ini dikongsikan di dalam Facebook dan ramai rupanya telah terkena dengan teknik terbaru scammer ini. Jom baca..

“Ye betul…sy pon pernah terkena..iklan mesin jahit brothers..model baru..harga pasaran rm700 lebih..tapi diorg jual rm299 mmg tertarik..sy pon lock lah..pastu bg lah detail semua..tgu hampir ke sebulan jgk..katanye shipping Dr china..lama jugak la..

Igt Kan da terbatal lah sebab x da feedback Dr diorg…last skali runner DHL call katanye nk htr brg Dr china..sy tny lah..brg tu besar ke kecik..die ckp kecik mcm kotak kasut..sy xpuas hati lah..mana ade mesin jahit jenis brothers kecik..last² DHL tu ckp..akk boleh je cancel blk..sebab rasanye akk da kena tipu ni…sy ckp boleh ke nk cancel..DHL tu ckp boleh je selagi akk xterima barang…nasib lah ade org DHL yg baik hati bg tau Hal mcm ni..Selamat sy Dr kena tipu mcm ni..serik lah nk beli brg iklan Kat FB” – @Feytie Lieya Md Akip

DAPAT HANDBAG MACAM HARGA RM5

Dah terkena. Iklan dari FB. Beli hbag Dior. Hari2 keluar iklan kt fb. Alhirnya beli dan terpedaya. Brg sampai bru bayar. Guna service Van Ninja. Bila buka, mcm beg RM5. Tali bag pun mcm tali kasut. Jual harga beratus.

Bila email balik rupanya email palsu. Sampai skg tak dpt kesan balik FB tersebut dan penjual sebenar.
Gambar atas gambar yg diiklankan, gambar bwh bila dapat barangan. – @Rosaini Ahamad

Hampir Tertipu Beli Drill ..

“Hampir jugak terkena, husband nak beli mesin drill harga rm198 tak silap,pastu banyak kegunaan die… husband pon suruh order,saya dh order…bayar time Cod, kebetulan abg ninja call saya,cakap bende ni tipu,puan x payah beli,dah banyak yg terkena,saya boleh cansel kan penghantaran ni ke puan,abg ninja cakap… alhamdulillah nasib x melayang rm198… terima kasih abg ninja…nasib bagi tau” – @Mardalina Binti Basri

Mohon semua lebih berhati hati ketika berurusan secara atas talian ini. Jangan terpedaya dengan harga barang yang tidak masuk akal.

Beli dari penjual yang diiktiraf sahaja. Semoga kita semua dilindungi dari kena tipu.

Artikel : AwatttSyeikhh Network

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.