Ini Jawapan Balas Syed Saddiq Bila TMJ Dedah Punca Tak Suka YB Muar

Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman Instagram menjawab soalan yang diajukan oleh rakyat jelata berkenaan pandangannya terhadap Yang Berhormat (YB) Muar, Syed Saddiq.

Terbaru, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq tampil memberikan respon menerusi satu video yang dimuat naik di media sosialnya.

Respon Syed Saddiq

 

Ujar Syed Saddiq, beliau amat berterima kasih kepada Duli Yang Amat Mulia (DYM) Tunku Mahkota Johor (TMJ) kerana sentiasa prihatin akan kebajikan warga Muar. Jelasnya lagi, beliau sentiasa terbuka dalam menerima apa-apa kr1tikan dan cadangan yang boleh diimplementasikan daripada mana-mana pihak.

Sebagai wakil rakyat, patik sentiasa terbuka terhadap kr1tikan dan cadangan dan jalan penyelesaian daripada semua pihak termasuk DYM Tunku Mahkota Johor.

Pada masa yang sama, Syed Saddiq juga sempat menjelaskan sumbangan-sumbangan yang telah dilakukan olehnya walaupun peruntukan bagi kawasan Muar telah ditarik.

Setakat ini, patik telah berjaya menyampaikan anggaran 1,000 laptop dan tablet kepada keluarga susah di Muar. Lebih 7,000 food bucket juga diberikan kepada keluarga yang memerlukan. Kini, sedang menjalankan program v4ksinasi  untuk menghantar rakyat Muar ke Johor Bahru untuk tujuan v4ksin.

Bekas pelajar jurusan Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UAIM) menjelaskan beliau akan sedaya upaya untuk meningkatkan lagi bantuan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik buat warga Muar.

Patik tahu bantuan ini tidak mencukupi dan patik akan melipat gandakan usaha patik supaya patik dapat memberikan khidmat yang lebih baik buat warga Muar. Terima kasih DYM TMJ, terima kash.

VIDEO:Media

Link Video : Syedsaddiq

“Terima kasih DYAM TMJ. Sebagai wakil rakyat, patik sentiasa terbuka kepada kritikan dari semua pihak.

“Patik akan lipatgandakan usaha untuk berkhidmat bagi warga Muar. Saya sentiasa doakan kesihatan Tunku & keluarga.

“Saya juga mohon Tunku doakan kesihatan seluruh rakyat Malaysia yang sedang bertarung dengan COVID19.

TMJ Minta Syed Saddiq ‘Jujur’ Kepada Rakyat

Ketika diajukan soalan adakah Baginda suka akan YB Muar, TMJ secara ringkas menjawab tidak. Pada masa yang sama, Baginda turut menjelaskan sebab mengapa berbuat demikian.

Bagaimana dia menjanjikan, dengan cara apa? Apa yang dia buat sebelum ini? Negara kita perlukan ahli politik yang jujur, inovatif dan berdedikasi.

Ujarnya lagi, negara memerlukan ahli politik yang komited dalam menjalankan amanah yang diberikan dengan sepenuh hati bukannya terkenal melalui pujian ramai menerusi media sosial.

Jujur, jadi diri anda, dan dedikasi. Tunaikan tanggungjawab dengan sepenuh hati. Jangan jadi populist (terma yang digunakan buat ahli politik) hanya untuk terkenal dan meraih pujian di media sosial.

Tidak berakhir di situ, menerusi satu soalan yang lain terdapat seorang pengikut yang menjelaskan YB Muar banyak berkhidmat untuk rakyatnya di Muar, dan turut mempersoalkan mengapa TMJ menggelarnya sebagai ‘populist’.

Rakyat dia? Dia dari Johor? Adakah di dari Muar? Awak dari Johor? Dari Muar? Awak terima tak lap0ran mingguan daripada Pegawai Daerah? Awak terima tak lap0ran daripada Ketua Kampung dan Penghulu? Dapat kerja di lapangan dan berpura-pura melakukan kerja di media sosial adalah dua perkara yang berbeza.

Instastory penuh dari Instagram TMJ:

 

Sumber: Syed Saddiq

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: