Fri. Dec 3rd, 2021

Kecoh di media sosial pada Isnin mengenai orang awam yang mend.akwa diri mereka telah didaftarkan sebagai ahli Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) tanpa sedar.

Menerusi laman Twitter, mereka yang terlibat terk.ejut apabila nama mereka tersenarai sebagai anggota berdaftar dengan pasukan beruniform itu menerusi semakan yang dibuat.

Rata-rata mereka berkongsi tangkap layar semakan yang dibuat menerusi laman web semakan ahli Rela.

Berdasarkan semakan, nama-nama mereka telah didaftarkan sejak 2010 meskipun tidak didaftarkan secara sukarela. “Sejak bila aku ahli Rela? Aku tak rela,” tulis seorang netizen.

Antara perkongsian orang awam di laman Twitter

Rentetan itu, laman web berkenaan turut mengalami m.asalah untuk diakses, kemungkinan disebabkan ramai menye.rbu untuk memeriksa sekiranya nama mereka turut didaftarkan.

Sementara itu, turut mendapat reaksi daripada beberapa orang awam yang amat terkejut apabila nama mereka disenaraikan.

Nor Azri Syahirah Mohd Sabri, 33, mengakui terkejut apabila namanya didaftarkan sebagai ahli Rela.

“Terkejut sebab tarikh daftar pada 2010. Dah 11 tahun jugalah, sedangkan 2010 tu saya baru sambung pengajian di universiti.

“Saya tak pernah daftar. Masuk (Askar) Wataniah, PLKN (Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) semua tak pernah, tiba-tiba jadi ahli Rela,” katanya.

Semakan yang dibuat oleh Neyra. Lebih dikenali sebagai Neyra, dia turut bimbang sekiranya terdapat pihak tertentu yang menggunakan d.ata peribadi orang awam untuk pendaftaran sebagai ahli Rela.

“Kena check dengan Rela. Ye lah kita tak tahu selama ini kot ada orang ambil elaun (Rela) ke. Ahli Rela kan ada elaun,” katanya.Bagi Mohd Faizal, 36, dia juga terkejut apabila namanya disenaraikan sebagai ahli Rela.

“Agak terkejut sebab tak pernah daftar. Rasanya ada keb.ocoran ma.klumat dari sana sini. Saya tak pasti. Saya boleh claim elaun ke?” katanya ketika dihubungi, sambil menambah namanya telah didaftarkan sebagai ahli Rela sejak 2011 menerusi semakan yang dibuat.

Mohd Faizal terkejut namanya tersenarai sebagai ahli Rela. Mohd Faizal bagaimanapun berharap d.ata peribadi orang awam tidak disa.lahg.unakan sekiranya perkara yang berlaku memba.bitkan keanggotaan Rela tanpa sukarela itu adalah benar.

“D.esakan saya supaya data peribadi tak disa.lahgunakan, walaupun kakitangan kerajaan sendiri. Amanah dalam pekerjaan adalah sangat penting. “Sedih dengan i.su s.alahguna kuasa ini,” katanya dengan nada k.esal.

Sementara itu, turut menghubungi Ketua Pengarah Rela, Yahya Sulaiman bagi mendapatkan maklum balas berhubung i.su yang tular.

Beliau bagaimanapun memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam waktu terdekat.

“Belum ada apa yang saya boleh katakan buat masa ini. Kami sedang menyiapkan kenyataan, kami akan kongsikan nanti. Terima kasih,” ujarnya secara ringkas ketika dihubungi.

Kredit : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *