Ini Kata Mahkamah Tentang Rayuan Bekas Suami Ziana Zain

SHAH ALAM, 1 Jun — Rayuan bekas suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri untuk mengetepikan sabitan dan huku man pen jara lapan bulan kerana mero tan tangan anak lelakinya, akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 15 Sept ini.

Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar berkata rayuan itu akan didengar di hadapan Hakim Hasbullah Adam.

“Mahkamah memerintahkan pihak pendak waan selaku responden dan perayu (Armin Zaharin) memfailkan hujahan masing-masing pada atau sebelum tarikh pendengaran,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, peguam Amir Farid Mohd Nawawi yang mewakili Armin Zaharin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Armin Zaharin, 56, memfailkan petisyen rayuan di Mahkamah Tinggi di sini pada 4 Jan lepas terhadap sabitan dan huku man yang diputuskan oleh Mahkamah Majistret di sini pada 28 Sept tahun lepas.

Majistret Sabreena Bakar @ Bahari menjatuhkan huku man penjara lapan bulan selepas mendapati Armin Zaharin bersalah atas pertu duhan dengan sengaja menyebabkan kece deraan lu.ka dan le bam di bahagian tangan anak lelakinya, yang berumur sembilan tahun (ketika kejadian) menggunakan sebatang rotan di sebuah rumah di Denai Alam, di sini antara 8 malam dan 10.30 malam pada 24 Feb 2018.

Bapa kepada empat cahaya mata itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Kesek saan, yang memperuntukkan huku man pen jara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Sabreena bagaimanapun membenarkan pelaksanaan huku man terhadap Armin Zaharin ditangguhkan sehingga proses rayuan selesai namun menaikkan jumlah jaminan daripada RM5,000 kepada RM8,000.

Armin Zaharin ditangkap pada 2 Mac 2018 selepas Ziana, 53, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin, membuat laporan polis pada 27 Feb 2018.

Ziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Armin Zaharin, sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan tiga anak lelaki dan seorang perempuan, berumur lingkungan 11 hingga 20 tahun.

— BERNAMA

Terdahulu Suami Ziana Zain didak wa cede rakan anak

SHAH ALAM: Suami penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, didak wa di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini, atas tuduhan mencede rakan anak lelakinya, pada 25 Februari lalu.

Armin, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertu duhan, Armin yang kini tidak berkerja didak wa menyebabkan kecede raan lu ka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan berkenaan dilakukan di rumahnya di Denai Alam, dekat sini, pada jam 4 pagi, 25 Februari lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecede raan yang memperuntukkan huku man pen jara tidak lebih 10 tahun atau den da atau sebat atau dua dari mana-mana seksaan itu.

Ziana tidak hadir pada prosiding mahkamah hari ini.

Terdahulu, Armin ketika membuat rayuan, memaklumkan perbuatan itu dilakukan dengan tujuan mengajar anaknya itu mengaji dan bersolat.

“Saya tidak dera anak. Saya ajar dia mengaji dan solat, tetapi dia tidak faham dan bebal.

“Saya bertanggungjawab terhadap empat anak selain mempunyai emak yang sakit dan perlu menghantarnya ke hospital,” katanya.

Raja Noor Adilla kemudiannya menurunkan jumlah jaminan daripada RM10,000 kepada RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, bekas pramugara itu tidak mempunyai penjamin.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharif Afendi dan kes disebut semula 4 April ini.

Berdasarkan kertas pertuduhan, laporan polis itu dibuat sendiri oleh Ziana pada 27 Februari lalu sebelum Armin ditahan pada Jumaat lalu.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

ARMIN Zaharin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mencederakan anak lelakinya 25 Februari lalu. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
ARMIN Zaharin dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam atas tuduhan mencederakan anak lelakinya 25 Februari lalu. – Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: