Fri. Dec 3rd, 2021

Tidak dapat bayangkan betapa remuknya hati si suami apabila mengetahui anak yang dilahirkan isterinya merupakan anak lelaki lain.

Lebih kecewa apabila isteri mengaku anak yang dilahirkan itu merupakan anak kepada adik iparnya sendiri akibat daripada ketelanjuran mereka.

Kisah itu dikongsikan oleh peguam Nur Fatihah Azzahra di Facebooknya, seorang individu telah bertanyakan mengenai hukum li’an iaitu suami hendak menafikan anak yang dikandung isteri sebagai darah dagingnya.

Difahamkan, isterinya baru sahaja bersalin 12 hari dan mengakui ia bukan anak suaminya tetapi anak kepada adik kandung suami. Malah, si adik mengaku memang kerap lakukan hubungan atas dasar suka sama suka.

Kelahiran pertama cahaya mata mereka, tempoh perkahwinan baru mencapai usia setahun lebih. Sepatutnya dalam tempoh ni masing-masing sedang seronok layan baby.

Hubungan terlarang itu bermula apabila pasangan berkenaan tinggal bersama ipar duai atas persetujuan bersama untuk mengurangkan kos sewa rumah.

Mereka berempat telah tinggal sebumbung dalam satu rumah dua tingkat di Selangor. Namun, disebabkan PKP si suami lama terkandas di Perak kerana tidak boleh rentas negeri. Sejak itu, tinggallah isteri berasma ipar dan biras.

Entah bila dan bagaimana, isteri mengaku sudah beberapa kali terlanjur dengan adik ipar sendiri semasa ketiadaan suami dan biras. Sehinggalah apabila diketahui dia mengandung, beriya-riya dia minta suami rentas negeri untuk cover line (kehamilan).

Apabila anak lahir, isteri sedar sifat dan raut wajah anak memang ikut muka adik ipar. Tak sanggup lagi menipu suami dan menyesal dengan dosa tersebut, dia akhirnya buat pengakuan bahawa anak yang baru lahir bukan benih hasil perkahwinan dengan suami.

Si suami separuh gila apabila mendapat berita tersebut sewaktu berada di Perak. Buntu, hendak buat penafian nasab yang tidak pernah sedikitpun dia ragui di samping kesan Li’an itu sendiri terlalu besar ke atas status perkahwinan mereka nanti.

Apabila disoal oleh peguam berkenaan mengenai keyakinan dirinya terhadap isu penafian nasab, si suami mengatakan jauh di sudut hatinya dia menganggap bayi tersebut sebagai anaknya. Peguam berkenaan memaklumkan perkara itu perlu dirujuk kepada Hakim.

“Tuan yakin atau tidak nak li’ankan anak tersebut?”, Dia sudah menangis di hujung talian.

“Bagi saya tu anak saya, Puan.”

SUMBER: Facebook Nur Fatihah Azzahra
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *