Gadis Ini Tak Bagi Muka Lepas Dapat Tau Pakwe Dating Dengan Perempuan Lain, Habis Motor Pakwe Jadi Mngsa

Kes pasangan curang sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita. Setiap hari, pasti ada sahaja kes baru yang kita dengar sama ada dilakukan oleh selebriti terkenal ataupun insan sekeliling di sisi kita.

Begitulah seperti yang dilalui oleh seorang gadis ini apabila dia telah tersempak dengan teman lelakinya yang dilihat keluar ‘dating’ bersama wanita lain.

Difahamkan lagi, rupa-rupanya lelaki berkenaan kantoi apabila gadis itu terserempak dengannya ketika sedang menaiki motosikal sambil dibonceng oleh seorang wanita.

Link Video : @adiirawan72

Terlampau geram, motor jadi mangsa

Oleh kerana terlampau kecewa dengan perbuatan teman lelakinya, tanpa disangka gadis itu bertindak agresif dengan memusnahkan motosikal lelaki berkenaan.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di aplikasi TikTok, kelihatan gadis itu sedang memukul motosikal milik teman lelakinya yang kini tersadai di atas jalan.

Bukan setakat itu sahaja, dia turut dilihat menghentakkan dan membaling batu pada motosikal tersebut dengan niat ingin melepaskan geram terhadap teman lelakinya yang curang.

Perkongsian itu telah meraih simpati netizen di mana rata-rata mereka turut berasa geram terhadap lelaki berkenaan. Dalam pada itu, ramai juga yang mendoakan gadis terbabit.

Patut bawa batu lebih besar

Hati2 orang yang suka sakitkan perasaan orang lain

Jangan permainkan perasaan wanita

Kalau nak hancur, hancurkan betul2

Janji bahagia

Sekali dikhianati, kalah filem horror Suzana

Nasib baik hentam motor, kalau orangnya habis kepala bocor

Sumber: TikTok @adiirawan72

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *