Thu. Dec 2nd, 2021

PETALING JAYA – D.akwaan mengenai seorang ahli parlimen menambah isteri ketika rakyat sedang berg.elut dengan P.erintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh kini berlegar di laman sosial.

Menurut salinan surat nikah yang dikeluarkan oleh Yang Dipertuan Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat itu, pernikahan mereka berlangsung pada 1 Jun lalu, hari Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengenakan PKP Penuh termasuk di Kelantan.

Ia dikatakan berlangsung di Masjid Kedai Baru, Jajahan Sungai Golok, Wilayah Narathiwat.

Turut disebarkan adalah lafaz aqad nikah ahli parlimen sebuah kawasan di Kelantan berkenaan yang dibuat secara online dengan jurunikahnya.

Menurut sumber, majlis akad nikahnya diadakan secara dalam talian dengan seorang imam dari Narathiwat, Thailand.

Majlis yang diadakan di masjid sebuah negeri di pantai timur pada Khamis lalu itu turut dihadiri oleh dua saksi.

Jelasnya, ahli parlimen yang mempunyai jawatan dalam kerajaan itu turut menyerahkan mas kahwin sebanyak RM 11,111 kepada isteri mudanya yang dikatakan berasal dari Selangor.

“Dia berkahwin menggunakan wali hakim dari Thailand dan pendaftaran kahwin pun di sana,” katanya sebentar tadi.

Reaksi Orang Ramai

Tahniah Yb. Lepas PKP boleh buat kenduri nikah. InsyaAllah hadir memberikan sokongan kepada Yb.

Tahniah. Selamat pengantin baru. Maaf xdapat datang karna pkp.

YB ambe rakyat marhean tapi ambe nok kabo jehh mung sebagai YB wi contoh hok molek ke rakyat dehh kite dop duli kalu Mung nok nikoh sapai 4 bini pong tapi mung ingat gok rakyat bayor c.ukai, hok cukai tu rakyat dok wi wat bayar gaji mung kalu mung gune pitih rakyat mung dop amanah mung berani belake ke nok jawab ke ALLAH Ta’ala nati??? ingat dehh harte mung same pangkat mung tu tadok hok kekal belake YB weyhh mung ingat wi molek dehh.

Kompang di palu kompang dipalu direnjis renjis hay pengantin baharu.

Haha..klu xdop yb pn xpo lps ni klu bleh pseng gini..hrap ko undi ore2 tuo la lps ni wt xreti gpo..tp klu ore tuo ambo,ambo xv ngundi jnis kabo nyor..k.arut..malu ko pioh ats palo.

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *