Akibat Tindakan Dari Mak Mertua, Mira Filzah Yang Terkena Tempias

ISNIN lalu, nama si cantik Mira Filzah tiba-tiba sohor kini dalam Twitter.

Hasil siasatan, rupa-rupanya berpunca daripada luahan rasa tidak puas hati orang ramai terhadap tindakan ibu mertuanya berkaitan isu bantuan kepada penduduk di daerah Kuala Kangsar, Perak.

Gara-gara si ibu mentua, Mira pula yang jadi mangsa. Memang marah sungguh netizen sehingga mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu.

Bahkan ada pula yang mahu membatalkan niat untuk menyokong dan meminati isteri kepada Wan Emir Astar itu.

Jika dibaca semua komen netizen, memang sakit hati juga tetapi mungkin kemarahan tersebut bersebab.

Bagaimanapun, ada juga pengguna media sosial yang berpendapat, tindakan memarahi dan mengaitkan Mira dalam hal itu tidak sepatutnya berlaku kerana isu tersebut dicetuskan oleh si ibu mertua, bukannya Mira.

Namun, sikap Mira yang mendiamkan diri dan tidak membalas sebarang komen harus dipuji. Mungkin lebih baik begitu daripada memanaskan lagi keadaan. Ibarat api yang marak, jangan disimbah lagi dengan minyak.

Harap Mira sabar dan kekal tenang hadapi semua kecaman tersebut. Apapun, terus positif ya semua.

Sumber : kosmo

Terdahulu Mira Filzah nikahi anak timbalan menteri

Mira Filzah nikahi anak timbalan menteri malam ini
Mira Filzah tidak menyangka akan terbuka hati untuk menerima Wan Emir Astar yang juga lulusan dari United Kingdom (UK) sebagai suaminya. – Gambar Instagram

Pelakon dan pengacara jelita, Mira Filzah bakal disatukan sebagai isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar malam ini(3 September).

Berita ini sekali gus melenyapkan spekulasi tarikh pernikahannya dalam kalangan lebih 6.7 pengikutnya di Instagram.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman dan Wan Emir Astar akan melangsungkan pernikahan mereka di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara, di sini malam ini.

Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu memilih Wan Emir Astar, seorang arkitek yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid.

Berdasarkan perancangan awal, Mira dan Wan Emir Astar sepatutnya melangsungkan pernikahan pada bulan Oktober, namun hasrat itu dipercepatkan berikutan kakak sulungnya yang menetap di New York, Amerika Syarikat (AS), pulang ke Malaysia untuk majlis resepsi adik bongsu mereka.

Seperti yang dilaporkan media sebelum ini, saya dan Emir sepatutnya disatukan Oktober ini, tapi disebabkan kakak saya tidak boleh berulang alik dengan kerap kerana terpaksa menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari, jadi saya terpaksa mempercepatkan tarikh pernikahan.

“Adik bongsu saya juga terpaksa menunda sedikit tarikh pernikahan supaya kakak boleh menyaksikan perkahwinan kami berdua,” katanya seperti dilaporkan.

Memetik laporan media tempatan, Mira Filzah akan mengadakan tiga majlis resepsi demi kepuasan dengan mengeluarkan bajet sendiri dan tidak mahu bergantung kepada tajaan.
Kata Mira, menganjurkan majlis persandingan dengan mengeluarkan kos sendiri memberi peluang kepadanya untuk mengikut cita rasa sendiri.

Pengenalan mereka, dedahnya, bermula selepas Wan Emir Astar cuba menghubunginya melalui Instagram, namun tidak dilayan.

Tidak berputus asa, Wan Emir Astar cuba menghubungi ibu Mira sehingga memintanya untuk cuba mengenali jejaka yang bakal memiliki hatinya selamanya malam ini.

Mira, 27, juga tidak menyangka akan terbuka hati untuk menerima jejaka berkelulusan dari United Kingdom (UK) dan bertugas sebagai arkitek pada pertemuan pertama.

Pasangan ini juga memilih Langkawi sebagai destinasi bulan madu meraka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: