Notty Sungguh Lah Lofa Ni Sampai Encik Suami Tak Dapat Fokus Lansung

Pasangan sama cantik, sama padan ini mempunyai ramai peminat malah sejak berkahwin Neelofa dan suami, Haris Ismail atau juga dikenali dengan panggilan PU Riz sering mendapat perhatian wargamaya di media sosial.

Untuk info, pasangan selebriti ini telah mendirikan rumah tangga pada akhir bulan lalu dan teka-teki antara mereka yang akhirnya terjawab itu mengundang ramai tumpang gembira melihat kebahagiaan mereka.

Namun begitu, ternyata gelagat Neelofa semakin mengundang peminatnya tidak dapat menahan ketawa apabila sejak akhir-akhir ini orang ramai terhibur apabila dia juga mempunyai sikap lucu yang suka menyakat.

Lebih mengundang perasaan peminat tercuit hati juga kerana tidak disangka-sangka Neelofa suka mengusik suami. Rasanya ia merupakan satu gelagat biasa yang berlaku antara pasangan bagi mengeratkan hubungan.

Menerusi satu perkongsian, Neelofa dilihat menyakat Haris Ismail dimana Haris sedang membuat live di instagram.

Notty wifey 😂😂

Video : lofa.page

KOMEN NETIZEN:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Instagram Lofa Page

[VIDEO] Neelofa, PU Riz sah jadi suami isteri, disatukan dalam majlis serba putih

SELEPAS sekian lama berteka-teki mengenai hari bahagia mereka, akhirnya pasangan selebriti Noor Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz selamat disatukan sebagai suami isteri.
Neelofa, 32, sah bergelar isteri kepada PU Riz atau nama sebenar Haris Ismail, 26, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.40 pagi, Sabtu.

Pasangan itu dinikahkan oleh adik Neelofa iaitu Mohamed Aqief Mohd Noor yang berwakil walikan bapa kandungnya dan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebentuk cincin.

Pasangan pengantin itu meluahkan rasa syukur majlis akad nikah mereka berjalan dengan lancar dan berharap perkahwinan mereka menjadi satu ikatan abadi.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT, insya-Allah,” ujar Neelofa dan Haris.

Neelofa anggun dengan persalinan putih.

Turut hadir ahli keluarga Neelofa iaitu Datuk Halim Khan dan Datin Noor Kartini serta ahli keluarga Haris, Datuk Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johar. Majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat di Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Pasangan sama cantik sama padan, Neelofa dan PU Riz.

Sejak awal minggu ini, satu demi satu petunjuk muncul bagi menguatkan khabar angin mengenai perkahwinan pasangan berkenaan yang dikatakan berlangsung dalam masa terdekat.

Bermula Selasa, muncul dakwaan seorang individu kononnya melihat Riz sedang membelek sampin songket di sebuah kedai.

PU Riz melangkah masuk ke dewan sebelum upacara akad nikah berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Ia terus menjadi perbualan hangat netizen di media sosial selepas Neelofa pula pada Rabu lalu memuat naik tiga potongan doa meminta orang ramai mendoakan urusannya dipermudahkan.

Kemudian pada Khamis, inai pada jari tangan kirinya kelihatan seperti kebiasaan dipakai oleh bakal pengantin baharu.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2 November lalu dalam sebuah majlis tertutup hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 2 November tahun lalu.

Pada Disember tahun lalu, Neelofa dalam kenyataannya menafikan dakwaan sudah melangsungkan perkahwinan dengan Riz dan dinikahkan bapa kandungnya di Kelantan.

Neelofa turut menafikan tuduhan yang mendakwa kononnya dia terkena ubat pengasih dan memindahkan sejumlah wang kepada pendakwah muda itu.

Kisah hubungan cinta pasangan ini mendapat perhatian ramai apabila Neelofa dikatakan tidak lagi memakai cincin merisik pemberian keluarga Riz.

Bagaimanapun pada awal tahun ini, Neelofa dilihat memakai semula cincin terbabit di jari manisnya sekaligus membuktikan hubungan cinta mereka masih berada dalam keadaan baik.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: