Kucing Nabila Huda Pijak Al-Quran, Nanti Saya Minta Maaf Dengan Allah

Pelakon Nabila Huda mendapat kecaman daripada pengguna laman sosial Instagram apabila berkongsi sepotong videonya sedang mengaji Al-Quran secara atas talian baru-baru ini.

Dalam video berkenaan, Nabila atau lebih mesra disapa Abil lengkap bertelekung solat dan ditemani kucingnya berwarna oren bernama Tora.

Link Video : kupu_kupu

Netizen yang prihatin dengan situasi berkenaan bertindak menegur Abil dan menasihati agar tidak mengulanginya lagi.

“Kak kena halang dia pijak Al-Quran. Maybe dia tak tahu tapi kita yang tahu kena halang.

“Allah… Maaf kak ktia ni berakal dan berpengetahuan. Ada tangan sebelah boleh angkat kucing tu.,” tegur beberapa pengguna secara berhemah.

Komen Netizen:

Abil bagaimanapun menerima teguran terbabit dan membalas komen-komen berkenaan.

“Maafkan saya, saya masih belajar kekurangan akal dan pengetahuan bab ni. Nanti saya minta maaf dengan Allah atas kesalahan saya ni ok?

“Saya minta maaf puan saya pun tak tahu. Terima kasih atas info. Nanti saya minta maaf dengan Allah atas kesalahan saya dan kucing saya,” jawab Abil.

 

Sumber: Gempak

Terdahulu Nabila Huda ‘join’ kelas mengaji anak, tak segan sama2 belajar Iqra

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini di semua negeri kecuali di Sarawak, segelintir individu memanfaatkan masa dengan melakukan pelbagai perkara berfaedah.

Terbaru, pelakon hebat Nabila Huda memuat naik perkembangan diri dan anaknya di laman sosial Instagram dimana mereka meluangkan masa dengan mempelajari bahasa Sepanyol dan Mandarin.

Selain belajar bahasa baru, pelakon berusia 36 tahun itu menyatakan dia baru mula belajar Iqra dengan mengikuti kelas mengaji anaknya Keisha Laila.

Menurut Nabila, disebabkan mereka selalu bersaing dan mahu menang dalam setiap pertandingan, dia  membuat keputusan menyertai kelas mengaji anaknya.

Pelakon filem M4M4 itu turut menyatakan itu merupakan kali pertama dan meluahkan rasa teruja kerana dia tidak pernah belajar Iqra seumur hidup, sebaliknya hanya Muqaddam sahaja.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya turut berasa gembira dan memuji usaha murni Nabila tersebut.

Alhamdulillah, belajar Iqra pun berebut

Moga usaha diberkati

Nabila mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan Johar pada 25 Disember 2015. Keisha pula adalah cahaya mata hasil perkahwinan pertama pelakon tersebut dengan Zaidi Zailani pada 2008.

Sumber: Instagram Nabila Huda

Kredit : ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: