Netzen Persoal Kenapa Boleh Ada Fouder Kosmetik Ini Dekat Roadblock Untuk Bagi Barang

Di Twitter, tular sebuah video menyaksikan seorang lelaki yang dipercayai pengasas produk kecantikan didakwa mengedar bungkusan produk kepada pemandu-pemandu yang melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) di Pulau Pinang.

Malah, kelihatan juga beberapa anggota polis yang turut bersama-sama di SJR tersebut.

Tindakan demikian bagaimanapun menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen mengenai kebenaran yang diterima individu itu untuk mengedarkan produknya di SJR.

Tak menganggu tugas polis ke?

Netizen mempersoalkan bagaimana individu terbabit yang juga merupakan orang awam mendapat kebenaran berada di SJR sambil menghulurkan bantuan kepada pemandu yang melalui kawasan tersebut.

Malah, netizen menyifatkan tindakan demikian sedikit sebanyak mampu menganggu tugas pihak polis sewaktu menjalankan operasi SJR tersebut.

Belum beri respon

“Mamat korea mana pulak duduk berdiri dkt SJR ni, siap bawak kotak dgn plastik lagi tu, nak bagi pamplet apa pulak tu dekat orang yang lalu dekat dgn SJR ni? Bertambah sesaklah nanti. Tapi nmpk macam bagi barang je! Siap dgn berjacket hitam, ramput karat sikit, tak panas ke wey?”

Sehingga kini, pengasas produk kecantikan itu masih belum mengeluarkan sebarang respon mengenai keberadaannya di SJR sewaktu musim PKP ini.

Sumber: Isskandar Ariffin via Oh Bulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: