Mira Filzah Kantoi Dengan Ibunya Bila Tengok Video Ini

Ibu Mira iaitu Faizatul Akmar Hisan turut menonton video tersebut dan meninggalkan komen yang mengejutkan.

Mira turut terkejut membaca komen ibunya dan melarang ibunya melihat videonya itu.

Kelakar lah Mira siap tak bagi mak tengok lagi tu!

Maklum lah, Mira kan peminat lagu dan filem Hindustan jadi tak terkejutlah kalau Mira memang enjoy buat video kan.

Lepas ni boleh lah buat video TikTok dengan Wan Emir kan?

Akhirnya Terjebak, Peminat Teruja Mira Filzah Kini Kembali Aktif Dalam Aplikasi TikTok Menghiburkan Peminat

Terkenal dengan tidak hanya dikurniakan rupa paras cantik, berbakat dan sopan-santun, artis popular Mira Filzah atau pemilik nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, diakui antara wanita yang menjaga adab sebagai seorang muslimah sejati.

Bagai tampak sempurna karakter dirinya, namun mungkin ada yang tidak menyangka bahawa aktres ini sebenarnya bakal menjangkau usia 30 an dalam beberapa tahun lagi tetapi seperti tidak dimamah usia.

Mira boleh dilihat sebagai golongan seni yang memiliki segala-galanya kerana berjaya mencipta pengaruh dan impak tersendiri, si cantik kelahiran Ipoh Perak ini mempunyai pesona dan aura yang bukan calang-calang.

Meskipun sering terlihat matang, namun isteri kepada lelaki pilihan, Wan Emir Astar ini sebenarnya mempunyai sisi manja dan nakal sehingga mampu mencuit hati apatah lagi melakarkan senyuman manis apabila melihat telatah selebriti ini.

Memuat naik video di aplikasi TikTok, pelakon terkenal yang menjadi kegilaan ramai ini cuba mendapatkan bayangan wajahnya ketika berusia 85 tahun nampaknya masih lagi jelita meskipun kelak mempunyai kedutan faktor penuaan.

Video TikTok yang mencuit hati ramai itu memaparkan rupa paras Mira Filzah dengan perubahan bentuk wajahnya selepas disunting menggunakan sebuah aplikasi.

Aktres ini sememangnya bukan sahaja bersandarkan bakat semula jadi, malah mempunyai rupa paras dan elemen-elemen komersial yang diperlukan sebagai seorang anak seni.

Meskipun begitu, memiliki seraut wajah cantik bukan jaminan untuk melangkah ke persada hiburan dengan megah, tanpa bakat dan ilmu di dada. Selain rupa paras, tuah dan adab perlu seiring untuk memacu populariti.

Pesonaliti Mira Filzah yang manis dan sopan itu sentiasa menjadi penyejuk mata dan dikatakan tidak berlebihan dalam apa jua yang dilakukan meskipun kembali aktif membuat challenge TikTok.

Meskipun sudah lama menceburi aplkasi TikTok ini, rata-rata menyifatkan Mira Filzah bukanlah seorang selebriti yang terkinja-kinja dalam membuat sesuatu pembikinan video dan masih menjaga adab sebagai seorang wanita.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat beberapa pengikutnya berasa bingung dan seakan-akan tidak percaya bahawa selebriti ini juga bermain TikTok dan kini kembali aktif dengan video-video lucu dan menarik.

Menurut sumber sebuah laman portal, Mira sendiri pernah mengakui bahawa dia sememangnya mempunyai akaun TikTok atas nama @therealmfmirafilzah dan selebihnya ada akaun palsu yang hanya menggunakan namanya.

link video : @Mira Filzah

Meskipun dia baharu sahaja berjinak-jinak ingin menampilkan sudut perbeza mengenai dirinya yang selalu tampak serius dan berjaga-jaga, kali ini Mira mengalihkan pandangan peminat ke sudut riang dan santai hanya untuk suka-suka ketika mempunyai kelapangan.

Sumber foto dan video: Instagram Mira Filzah via JustBDallNews.Com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: