Fri. Dec 3rd, 2021

Sebelum ini, rumah tangga pelawak, Shuk Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah nyaris musnah apabila pelawak tersebut dipercayai menjalin hubungan bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Namun begitu, hubungan pasangan suami isteri ini dilihat semakin pulih apabila Shuk membuat permohonan maaf terhadap isterinya.

‘Awak Pernah Curang, Saya Tidak’ – Respon Balas Issey Bila Shuk Sahar Usik Status ‘Duda’!

Dalam episod lapan musim keempat I Can See Your Voice Malaysia yang bersiaran semalam, kumpulan R&B popular, Ruffedge telah tampil mencari siapakah penyanyi sebenar dalam kalangan 6 penyanyi misteri.

Seperti musim sebelum ini, artis undangan dibantu panel penyiasat iaitu Jihan Muse, Alif Satar dan Fad Bocey.

Selain itu, Datin Seri Umie Aida & Issey Fazlisham turut hadir sebagai penyiasat jemputan.

DUA PERUBAHAN ISSEY

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah usikan pengacara, Shuk Sahar kepada Issey, mengenai status perkahwinannya sehingga viral di TikTok.

Shuk secara berseloroh memberitahu Issey sudah membuat perubahan daripada bergelar duda pada musim lalu dan kini sudah berkahwin.

Walau bagaimanapun, respon ‘padu’ Issey mengenai kisah kecurangan Shuk membuatkan pengacara itu terkedu! Setepek dia bagi!

Lagi satu? Awak pernah curang, saya tak pernah.

Terkejut mendengar jawapan balas tersebut, Shuk hanya mampu tersenyum diiringi gelak tawa tetamu yang lain.

‘NAK SANGAT CAKAP PASAL DUDA..’

Di ruangan, rata-rata daripada netizen terhibur dan menyifatkan Shuk ‘bergurau’ dengan orang yang salah.

Ada juga berpendapat Shuk layak mendapat respon sebegitu memandangkan dia terlebih dahulu mengusik Issey.

VIDEO:

Sumber : BeautifulNara

Terdahulu Issey tamatkan zaman duda, pilih ibu tunggal anak tiga sebagai isteri – “Kami kenal sejak sekolah”


Setelah tiga tahun menduda, Issey akhirnya memilih untuk berkahwin lagi.
PENYAMPAI radio Suria FM, Issey mendedahkan dia bakal menamatkan zaman duda dengan wanita pilihan hati pada 22 Disember ini.Issey atau nama sebenar Fazlisham Mat Hussin, 32, memberitahu bakal isteri iaitu Noor Aimi Jamel merupakan kenalan lamanya di Kelantan.

“Insya-Allah saya akan melangsungkan majlis akad nikah di Kota Bharu, Kelantan pada hari Ahad, 22 Disember ini.

“Saya dah lama kenal dengan bakal isteri sejak sekolah dan sudah merancang lama untuk berkahwin dan ini masa paling sesuai untuk saya tamatkan zaman duda.

“Dia seorang ibu tunggal mempunyai tiga orang anak dan kematian suami dua tahun lepas kerana kemalangan, apabila tengok kawan-kawan ada anak bini, saya pun rasa nak jugalah ada keluarga dan hari ini saya umumkan tentang perkara itu,” katanya kepada mStar.

Fizi menitiskan air mata mendengar pengumuman gembira daripada Issey.

Sebelum itu, Issey membuat pengumuman istimewa itu semasa mengendalikan segmen Team Pagi Suria bersama seorang lagi penyampai iaitu Fizi Ali pada pagi Khamis.

Berita gembira itu turut mengundang rasa sebak dan membuatkan Fizi hampir menitiskan air mata.

Sebelum ini, menerusi laporan sebuah akhbar baru-baru ini, Issey yang sudah tiga tahun menduda mengakui sedang mengenali hati budi seorang wanita yang dirahsiakan identitinya.

Terdahulu, Issey pernah mendirikan rumah tangga dengan Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid pada 19 Mac 2015, namun bercerai pada 21 Ogos 2016.

Sumber : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *