Ibu Kepada Anak Kecil Ini Cemmas Apabila Anaknya Hampir Lemmas Dalam Baldi Disebabkan Hal Ini

Menjadi suri rumah sepenuh masa mungkin nampak mudah di mata segelintir pihak, namun ianya bukanlah seperti yang dibayangkan. Walaupun sibuk membuat kerja rumah, ibu bapa perlu memantau segala pergerakan anak-anak mereka bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Tak sampai seminit anak dah tertonggeng dalam baldi

Sekadar gambar hiasan

Menerusi posting yang telah dimuat naik oleh Dyla Adnan di akaun Facebook, dia berkongsi mengenai detik cemas yang dialami olehnya apabila anak perempuannya Adinda hampir lemas di dalam bilik air.

Peristiwa hitam dalam hidup aku. Aku nak korang semua alert tentang air, bilik air. Tolong sangat-sangat sebelum jadi macam kes aku. Aku leka aku cuai. Maafkan mami anak-anak.

Kejadian malang tidak berbau itu berlaku semasa dia hendak menutup pintu rumah dan telah meninggalkan anaknya yang berusia setahun sebulan itu di dalam tandas tingkat atas rumahnya.

Ketika suaminya pulang dan bertanyakan mengenai anaknya, Dyla mengatakan bahawa anaknya sedang mandi di tandas. Namun tidak sampai seminit dia meninggalkan anaknya itu, dia terkejutnya dia melihat anaknya itu sudah terlangkup di dalam baldi yang berisi air.

‘Anak aku dah lembik…’

Dia yang panik dengan kejadian yang berlaku menjerit sekuat hari sebelum suaminya datang memberikan bantuan. Suaminya terus menggoncangkan anaknya beberapa kali untuk menyedarkan dan si ibu terus melakukan bantuan kecemasan (CPR).

Aku jerit panggil suami aku, dia pun menjerit sambil aku panggil aku terus angkat anak aku. Anak aku dah lembik. Suami aku goncang bagi dia sedar.

Anaknya akhirnya sedarkan diri dengan memuntahkan semula air yang ditelan itu dan kembali bernafas secara normal. Walau bagaimanapun, pasangan tersebut bergegas untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

Ibunya menarik nafas lega apabila anaknya berada dalam keadaan selamat. Meskipun detik cemas itu telah berlalu, namun Dyla masih trauma untuk pergi ke tandas kerana dia teringat kejadian berkenaan yang menimpa anaknya itu

Ahad sebelum keluar wad Adinda sempat ziarah semua bilik. Merayap sambil sengih-sengih. Aku pun layankan je. Tengah hari tu kami berdua keluar wad sebab doktor dah pantau keadaan dada dan dalaman Adinda Mikayla.

Sumber : Dyla Adnan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: