Fri. Dec 3rd, 2021

Dua bulan lepas, Fiza Halim bercerrai dengan suaminya, Aizat Al Jefri melalui WhatsApp. Terbaru, wanita yang mengaku sebagai bekas adik iparnya tampil tumpahkan teh!

Bekas adik ipar Fiza itu dedah punca sebenar keruntuhan rumah tangga mereka. Dikenali sebagai Afrina, mFiza dan abangnya kahwin ketika dia masih bersuami orang.

Tambahnya perangai abangnya berubah dan Fiza seolah-olah tak menghormat! keluarga suamianya. Malah sewaktu Aizat tak dapat bekerja selama 3 bulan, Fiza banyak mengeluh dan memburukkan suami sendiri.

Baca di sini:

Woah, panjang lebar. Tak tahu nak kata apa, tergamam. Tak gitu?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Sumber:Cari

Terdahulu Fiza bercerrai lagi

Kembali kepada status ibu tunggal, Fiza belum terfikir mahu aktif semula dalam dunia seni. Foto IG Fiza Halim
Kembali kepada status ibu tunggal, Fiza belum terfikir mahu aktif semula dalam dunia seni. Foto IG Fiza Halim

KUALA LUMPUR: Lama memendam rasa dan melindungi status diri, bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim akhirnya mengaku sudah berpisah dengan suami, sejak 22 Julai tahun lalu.

Tiga kali perkahwinan berakhir percerraian, Fiza reda jodoh dengan juruterbang berstatus duda dua anak, iaitu Aizat Al Jefri, tidak berpanjangan. Mereka berkahwin pada Disember 2016.

Melalui perkahwinan itu, Fiza dan Aizat dikurniakan cahaya mata, Baby Aleena yang berusia hampir tiga tahun.

“Saya ambil masa untuk merungkai perkara sebenar… Ia bukan mudah. Baru sekarang saya ada kekuatan untuk mendedahkan status diri.

“Kami bercerrai talak satu. Saya dicerraikan melalui aplikasi WhatsApp.

Fiza mengaku sudah bercerai dengan suami, Aizat sejak 22 Julai lalu. Foto IG Fiza Halim
Fiza mengaku sudah bercerrai dengan suami, Aizat sejak 22 Julai lalu. Foto IG Fiza Halim

“Punca atau sebab kenapa kami berpisah, biarlah saya simpan dan tanggung sendiri. Saya tidak mahu membuka aib sesiapa,” katanya kepada BH Online.

Fiza sedar hakikat dirinya sudah bercerrai tiga kali mengundang persepsi serong masyarakat.

“Pasti ada yang akan memandang serong. Namun, saya hanya manusia biasa yang tidak lepas diuji.

“Saya tak hidup dek puji, tak mati dek keji,” katanya.

Fiza atau nama sebenar, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim akur dengan suratan hidupnya.

Dia juga mengaku sukar melelapkan mata sejak tiga minggu lalu.

“Mata mengantuk, tetapi tidak boleh tidur. Otak seolah-olah berjalan memikirkan pelbagai perkara termasuk nasib diri.

“Saya hilang arah dan terkapai-kapai memikirkan pengakhiran hidup. Namun, saya bersyukur ada yang datang membuka jalan mencuba kerja baharu.

“Mungkin saya akan mempertimbangkan tawaran kerja itu,” katanya yang belum terfikir untuk kembali aktif dalam dunia seni.

Dalam perkembangan lain, Fiza beruntung kerana bekas suami,

Ahmed Farriq Zainul Abidin sentiasa memberi perhatian terutama kepada dua anak mereka, Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.

Fiza dan Ahmed Farriq bercerrai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.

Perkahwinan kedua Fiza dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF), Adam, pada September 2013, juga tidak kekal.

Sementara itu, Fiza menjawab gosip konon berkahwin dengan pelawak, Saiful Apek gara-gara tersebar foto mesra mereka yang dikongsi Fiza di Instagram (IG).

“Tidak ada istilah saya menjadi isteri keduanya. Kami hanya bertemu di sebuah program ‘game show’. Foto yang tular itu dirakamkan isterinya sendiri.

“Kami sama-sama ketawa apabila mendapat tahu gosip bertebaran,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *