Selepas Ditduh Kaki Sondol, Ini Tindakan Yang Diambil Untuk Tahu Sama Ada Dia Kaki Sondol Atau Tidak

Pelakon Fiza Halim memohon maaf kerana setakat ini, dia masih belum boleh menjawab pertanyaan media berhubung isu dakwaan dia ‘kaki sondol’ sebagaimana tular di media sosial, baru-baru ini.

Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim,40, berkata dia tidak dapat memberi jawapan kerana perkara terbabit sudah menjadi kes polis dan kini dalam siasatan lanjut pihak berkuasa.

Pelakon filem Getaran ini menambah, dia akan berkongsi perkembangan terkini sebaik mendapat hasil siasatan.

“Saya mohon maaf kerana tak dibenarkan memberi apa apa kenyataan berhubung perkara berbangkit dan tular itu.

“Ia memang masih dalam siasatan polis. Dalam minggu depan insya-Allah saya akan mendapat keputusan hasil siasatan,” katanya.

Pada masa sama, ibu kepada tiga cahaya mata itu bukan bermaksud mengelak daripada rakan media.

“Hakikatnya saya terpaksa kunci mulut dulu. Biarlah pihak berwajib melakukan kerja mereka dulu. Pasti kalau ada sebarang makluman akan dimaklumkan kelak,” katanya lagi.

Fiza turut memuat naik perkara sama menerusi satu posting di Instagram miliknya.

Apa yg boleh sy bgtahu kat sini,selama 4 hari ni sy berdiam diri tak nak ulas apa2 sbb pihak polis mengarahkan sy supaya tidak membalas atau menjawab apa2 pertanyaan. Ini krn segala DM,comment yg sy dpt selama 4 hari ni telah dipantau oleh pihak SKMM dan jugak pihak polis. Semua masih lagi dlm siasatan…Account sy ni dah pun dirujuk ke bahagian pihak yg berwajib.

Utk pengetahuan semua,segala DM dan komen berbentuk aib,hinaan,cacian & makian selama 4 hari yg sy dpt ni dah pun sampai ke pihak SKMM. Jd bersiap sedia lah ya semua yg pernah hantar DM dan komen ke sy,akan di soal siasat…. Tak mau cakap bnyk,kita tunggu dan lihat sj… Tq to @sue_zeen krn memberi kerjasama melayan kerenah sy 😅😅 #staycalm #staysafe #pdrm ✌🏻💙

Beberapa hari lalu, nama bekas anggota kumpulan Elite itu menjadi bualan di Twitter selepas seorang individu dipercayai bekas adik iparnya membongkar situasi sebenar hal yang berlaku dalam rumah tangganya bintang berkenaan.

Sehubungan itu, Fiza tampil membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Untuk rekod, Fiza mendirikan rumah tangga bersama suami pertama, Ahmed Farriq Zainul Abidin dan mereka dikurniakan dua anak iaitu Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.

Fiza dan Ahmed Farriq bagaimanapun bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.

Perkahwinan kedua Fiza bersama penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF), Adam, pada September 2013, juga tidak kekal.

Fiza kemudian bertemu jodoh dengan juruterbang berstatus duda dua anak, Aizat Al Jefri pada Disember 2016.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Baby Aleena yang berusia hampir tiga tahun. Bagaimanapun, keduanya bercerai pada Julai tahun lalu.

Sumber : MH

Terdahulu Bekas Adik Ipar Dedah Perangai Bvsuk Fiza Halim Selepas Dia Dikatakan Mata Duitan Dan Kaki Sondol

Dua bulan lepas, Fiza Halim bercerrai dengan suaminya, Aizat Al Jefri melalui WhatsApp. Terbaru, wanita yang mengaku sebagai bekas adik iparnya tampil tumpahkan teh!

Bekas adik ipar Fiza itu dedah punca sebenar keruntuhan rumah tangga mereka. Dikenali sebagai Afrina, mFiza dan abangnya kahwin ketika dia masih bersuami orang.

Tambahnya perangai abangnya berubah dan Fiza seolah-olah tak menghormat! keluarga suamianya. Malah sewaktu Aizat tak dapat bekerja selama 3 bulan, Fiza banyak mengeluh dan memburukkan suami sendiri.

Baca di sini:

Woah, panjang lebar. Tak tahu nak kata apa, tergamam. Tak gitu?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami

Sumber:Cari

Terdahulu Fiza bercerrai lagi

Kembali kepada status ibu tunggal, Fiza belum terfikir mahu aktif semula dalam dunia seni. Foto IG Fiza Halim
Kembali kepada status ibu tunggal, Fiza belum terfikir mahu aktif semula dalam dunia seni. Foto IG Fiza Halim

KUALA LUMPUR: Lama memendam rasa dan melindungi status diri, bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim akhirnya mengaku sudah berpisah dengan suami, sejak 22 Julai tahun lalu.

Tiga kali perkahwinan berakhir percerraian, Fiza reda jodoh dengan juruterbang berstatus duda dua anak, iaitu Aizat Al Jefri, tidak berpanjangan. Mereka berkahwin pada Disember 2016.

Melalui perkahwinan itu, Fiza dan Aizat dikurniakan cahaya mata, Baby Aleena yang berusia hampir tiga tahun.

“Saya ambil masa untuk merungkai perkara sebenar… Ia bukan mudah. Baru sekarang saya ada kekuatan untuk mendedahkan status diri.

“Kami bercerrai talak satu. Saya dicerraikan melalui aplikasi WhatsApp.

Fiza mengaku sudah bercerai dengan suami, Aizat sejak 22 Julai lalu. Foto IG Fiza Halim
Fiza mengaku sudah bercerrai dengan suami, Aizat sejak 22 Julai lalu. Foto IG Fiza Halim

“Punca atau sebab kenapa kami berpisah, biarlah saya simpan dan tanggung sendiri. Saya tidak mahu membuka aib sesiapa,” katanya kepada BH Online.

Fiza sedar hakikat dirinya sudah bercerrai tiga kali mengundang persepsi serong masyarakat.

“Pasti ada yang akan memandang serong. Namun, saya hanya manusia biasa yang tidak lepas diuji.

“Saya tak hidup dek puji, tak mati dek keji,” katanya.

Fiza atau nama sebenar, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim akur dengan suratan hidupnya.

Dia juga mengaku sukar melelapkan mata sejak tiga minggu lalu.

“Mata mengantuk, tetapi tidak boleh tidur. Otak seolah-olah berjalan memikirkan pelbagai perkara termasuk nasib diri.

“Saya hilang arah dan terkapai-kapai memikirkan pengakhiran hidup. Namun, saya bersyukur ada yang datang membuka jalan mencuba kerja baharu.

“Mungkin saya akan mempertimbangkan tawaran kerja itu,” katanya yang belum terfikir untuk kembali aktif dalam dunia seni.

Dalam perkembangan lain, Fiza beruntung kerana bekas suami,

Ahmed Farriq Zainul Abidin sentiasa memberi perhatian terutama kepada dua anak mereka, Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.

Fiza dan Ahmed Farriq bercerrai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun berkahwin.

Perkahwinan kedua Fiza dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia (AF), Adam, pada September 2013, juga tidak kekal.

Sementara itu, Fiza menjawab gosip konon berkahwin dengan pelawak, Saiful Apek gara-gara tersebar foto mesra mereka yang dikongsi Fiza di Instagram (IG).

“Tidak ada istilah saya menjadi isteri keduanya. Kami hanya bertemu di sebuah program ‘game show’. Foto yang tular itu dirakamkan isterinya sendiri.

“Kami sama-sama ketawa apabila mendapat tahu gosip bertebaran,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: