Fri. Dec 3rd, 2021

Setelah meraih kejayaan luar biasa menerusi penjualan tudung sehingga mencecah jualan RM2.16 juta, pelakon Fazura diduga dengan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang mengaut keuntungan apabila men.ipu jualan tudungnya.

Menurut Fazura, 38, lebih mengecewakan lagi apabila mendapat tahu pen.ipu itu sebenarnya sudah melakukan perbuatan terkeji berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

“Dia dah ambil banyak duit orang. Dia gunakan bahan macam katalog untuk men.ipu dan ramai yang terpedaya. Caranya, dia pujuk pelanggan dengan mengatakan stok masih ada walaupun sebenarnya koleksi yang did.akwanya itu sudah lama kehabisan stok.

“Kemudian dia minta pembeli membayar dengan cara transaksi sebelum menyekat nombor semua pelanggan yang selesai membuat bayaran,” dedahnya.

Isteri kepada Fattah Amin itu mendedahkan perkara itu menerusi perkongsian dalam InstaStorynya dengan memuat naik bukti perbuatan j.ahat pen.ipu berkenaan.

Dalam pada itu, Fazura bertegas sempat meminta pelaku supaya bertaubat dan memulangkan kembali semua wang pembeli yang dit.ipunya.

“Saya tak tahulah apa awak rasa bila men.ipu orang. Siap ada gambar konon sedang membungkus parcel. Sedangkan orang mengharapkan untuk dapat tudung itu dan pakai.

“Duit semua orang tu, ingat percuma ke. Semua orang bekerja untuk dapatkan duit. Ada yang nak beli tudung ni, semua tak dapat. Waktu-waktu macam inilah awak nak buat kerja sebegini kan.

“Taubatlah, tolonglah. Kalau ada rasa bersalah dalam hati awak, tolonglah bertaubat. Pulangkan semula duit pelanggan dan ejen-ejen saya,” katanya lagi.

Ibu kepada Nur Fatima Aisya itu menarik perhatian ramai apabila menjual tudung serendah RM27 sehelai dengan niat membantu orang ramai yang terkesan kerana pandemik.

Sumber : Gempak

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *