Selepas Siti Elizad Di Hentamm Isu Manddul Dan Tak Solat, Fasha Sandha Tampil Untuk Dedah Perangai Sebenar Siti Elizad

Menjengah ke ruangan komen di Instagram, ramai orang termasuk rakan selebriti mempertahankan Siti Elizad. Tak terlepas juga pelakon, Fasha Sandha apabila dia mendedahkan perangai sebenar rakannya itu ketika bekerja bersama.

Fasha Sandha Jadi Saksi

Meninggalkan komen di Instagram Siti Elizad, Fasha mengatakan orang ramai tidak boleh sesuka hati menghu kum seseorang terutamanya apabila isu tersebut berkait dengan soal ibadah. Malah Fasha juga mendedahkan rakannya itu tidak pernah meninggalkan solat ketika bekerja.


“Siapa dia untuk judge orang solat atau tak? Ni saya saksi, dia solat setiap hari di lokasi. 4 bulan saya dengan dia shooting”, komen Fasha.

Pelakon tersebut juga meminta Siti Elizad untuk tabah menghadapi ujian dan tuduhan netizen. Dia juga berkata rakannya itu tidak man dul dan pernah hamil pada sebelum ini.

Foto – Rojak Daily

“Baik mohon keampunan dari tuan badan”

Tambah Fasha, dia meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik untuk rakannya. Tegas pelakon itu, dia meminta individu atau sesiapa sahaja yang mendakwa rakannya man dul dan tidak solat untuk memohon keampunan kepada Siti Elizad.

Foto – @elizadsharifuddin (Instagram)

“Followers kesayangan sentiasa mendoakan yang baik-baik buat ijat. Love you yang be strong. Kami doakan yang terbaik.

Hello dia tak man dul ok, dia pernah hamil. Siapa buat ni baik mohon keampunan dari tuan badan”, ujarnya.

Pada masa yang sama, Fasha juga berkongsi dia dan keluarganya sentiasa menyokong dan mendoakan yang terbaik untuk kesihatan Siti Elizad. Dikhabarkan Siti Elizad sudah memfailkan laporan polis berkaitan dengan isu tuduhan pelakon tersebut man dul dan tidak solat di Balai Polis Bukit Jalil.

Laporan polis yang dibuat Elizad di Balai Polis Bukit Jalil hari ini.

Terdahulu digelar man dul, dihi na, Siti Elizad buat laporan polis

PETALING JAYA – Luluh dan teramat sedih dengan kebiadaban seorang individu yang sewenang-wenang menggelarkan dirinya man dul, bahkan dihi na dengan kata-kata kesat berikutan belum mempunyai zuriat, pelakon dan pengacara Siti Elizad bertindak membuat laporan polis.

Menurut Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 37, dia nekad memfailkan laporan di Balai Polis Bukit Jalil kerana tuduhan tersebut telah melukakan hatinya sebagai seorang wanita dan isteri.

“Pertamanya, jarang-jarang hendak melayan komen-komen bodoh begini tetapi bila dia guna perkataan ‘man dul’, sangat melukakan hati saya.

“Kau Allah SWT ke yang tahu aku ini man dul atau tidak boleh beranak? Menggigil dan terketar-ketar tangan ketika ini,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram.

Dalam perkongsian sama, pelakon Puteri Yang Ditukar itu turut memuat naik sebuah video seorang lelaki yang mengecam tindakan biadab individu terbabit terhadapnya.

Tambah penyampai radio Sinar.FM itu, tuduhan tersebut terlalu kejam sehingga membuatkan jantungnya seperti hendak gugur.

Lebih menyedihkan, Eliaz mengakui juga menaip kapsyen hantaran tersebut dalam keadaan menan gis.

“Jantung rasa nak tercabut, sedih yang teramat sangat! Kau sukakah kalau tengok saya berce rai-berai sebab belum ada zuriat?

“Saya menan gis ketika menaip semua ini, awak tahu ke saya solat atau tidak? Bersedekah, mengaji, atas sejadah dan semua amalan perlu dikongsi ke? Lain orang lain caranya.

“Saya tidak perlukan perhatian murahan seperti ini kerana sudah bahagia dengan kehidupan sekarang. Rezeki anak itu semua kerja Allah,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, dia juga menegaskan perkataan man dul tidak boleh disebut mahupun dilabelkan kepadanya memandangkan selama ini dia sudah berusaha keras, bahkan pernah mengandung untuk mendapatkan zuriat.

“Saya berusaha keras bagai nak mati untuk dapatkan zuriat sendiri. Hari-hari menan gis dalam solat minta pada Allah agar jangan biarkan berseorangan tanpa zuriat.

“Bertahun-tahun jumpa doktor pakar, pergi seluruh pelusuk berubat, cucuk sana-sini, sakit tahu tak? Kau pula senang-senang gelar aku pu****k dan man dul,” tulisnya lagi.

“Jarang aku ambil kisah dan tidak maafkan orang tetapi kali ini, luluh hati! Saya sudah buat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil terima kasih kepada semua yang membantu, selebihnya tunggu tindakan selanjutnya esok,” ujarnya.

Tangkap layar posting yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada seorang lelaki dalam video berkenaan yang berpihak kepadanya dan turut mengecam tindakan individu tidak bertanggungjawab itu.

Terdahulu, Elizad pernah menjalani proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata pada September tahun lalu namun disahkan mengalami keguguran pada November.

Untuk rekod, Elizad mendirikan rumah tangga bersama Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015. – K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: