Fri. Dec 3rd, 2021

Penarikan semula pingat emas yang dimenangi atlet lontar peluru negara, Ziyad Zolkafli sebentar tadi telah mencetus kemarahan rakyat Malaysia.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak terkecuali dalam membantah keputusan penganjur tersebut, malah tegasnya ia adalah perkara yang memalukan.

“Ini adalah keputusan yang memalukan. Ia adalah aib yang bertentangan dengan semangat Paralimpik. Sekiranya itu adalah kelewatan di call room, sepatutnya anda tidak boleh benarkan mereka bertanding di tempat pertama.

“Pingat emas dan rekod dunia yang dicuri,” katanya di Twitter hari ini.

Khairy membuat kenyataan tersebut bagi membalas ciapan Twitter milik Paralympic Games yang memaparkan keputusan terkini acara lontar peluru berkenaan.

Dalam keputusan tersebut, jelas pingat emas dan perak telah diserahkan kepada dua atlet Ukraine, manakala pingat gangsa jatuh kepada atlet Jerman.

Emas Ziyad Ditarik: ”Tiga Negara Sedang Counter Protes, Doakan” – Menteri KBS

Isu pembatalan pingat emas ke atas Ziyad Zolkefli dalam perlawanan sebentar tadi kini dalam proses perbincangan, umum Menteri Belia dan Sukan, Faizal Azumu.

Faizal menerusi satu ciapan di Twitter berkata, perbincangan tersebut melibatkan tiga negara yang terlibat dalam bantahan yang dikemukakan.

“Update Tokyo – masih dalam perbincangan antara Technical Delegate dengan tiga negara yang counter protest Ukraine iaitu Malaysia, Australia dan Ecuador,” katanya di Twitter hari ini.

Menurut kemas kini terkini, Faizal menjelaskan bahawa bantahan Ukraine terhadap tiga negara amat lemah.

“KSU KBS bersama CDM berada di lapangan. Protes Ukraine terhadap tiga negara amat lemah. Ketiga-tiga sedang counter protes, doakan,” katanya.

Sebelum itu, pingat emas yang dimenangi Ziyad Zolkelfli dalam acara lontar peluru lelaki F20 hari ini telah ditarik semula dan diberikan kepada atlet Ukraine, Maksym Koval.

Difahamkan, Ziyad diprotes atlet berkenaan kerana didakwa lambat memasuki call room sebelum acara bermula, selain penyertaannya juga turut dikategorikan sebagai do not start (DNS).

Sumber : Siakap Keli

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *