Elyana Keluar Ayat Meruntun Jiwa Bila Dia Beri Ucapan Hari Bapa Pada Suaminya

Sempena Hari Bapa hari ini, Elyana sempat memuat naik sebuah posting ‘khas’ buat suaminya iaitu Khairul Hussin.

Selamat Hari Ayah @khairulhussin75. Bonda,Cinta and Cahaya sayang sangat dekat ayah. Kalau ayah tak ada, kita orang tak best. Mesti nak kena ada ayah. Sebab ayah our superhero. Semua ayah boleh buat, kecuali pasang-pasang kabinet, katil dan apa sahaja yang ada skru tu memang ayah tak pandai. Nasib baik bonda power part tu. Sebab tu bonda selalu doa biar bonda pergi dulu dari ayah. Sebab tak boleh hidup dan tak best kalau tak ada awak.

Menurut Elyana, kehidupannya dengan anak-anak tidak akan lengkap sekiranya Khairul tiada di sisi mereka. Ujar Elyana, sepanjang mendirikan rumah tangga dengan Khairul, semua perkara suaminya mampu lakukan. Lebih tersentuh, Khairul sanggup menemaninya di hospital setiap kali menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi di hospital.

Tambah Elyana, suaminya seorang yang penyabar dan sentiasa menceriakan hari-harinya dan anak-anak. Sehingga satu tahap, Elyana berdoa agar Allah mengambil nyawanya terlebih dahulu berbanding suaminya.

Menerusi posting tersebut juga, rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak apabila membaca luahan Elyana. Menurut netizen, Elyana perlu kuat melawan kanser demi anak-anaknya. Netizen turut berdoa agar Elyana segera sembuh dan kembali ke pangkuan keluarganya. Ini kerana, mereka saling melengkapi antara satu sama lain

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : obulan

Tedahulu “Tak bosan ke lapan tahun duduk dalam badan saya?” – Elyana

Elyana menghidap kanser limfoma sejak lapan tahun lalu.

Elyana pertama kali mendedahkan dia menghidap barah ketika tersingkir pada minggu kelima pertandingan Gegar Vaganza musim keempat dua tahun lalu.

Penyanyi lagu Kalis Rindu itu mendedahkan dia menghidap kanser sejak lapan tahun lalu dan pernah menjalani kemoterapi sehingga tujuh kali sejak 2014.

Elyana tidak akan berputus asa melawan penyakitnya.

Dalam pada itu, Elyana menerusi status sama turut mengingatkan dirinya agar menjadi insan yang kuat fizikal dan mental dalam mengharungi cabaran hidup termasuk penyakit dihadapinya.

Kata Elyana, dia tidak akan mudah berputus asa kerana tahu dirinya kuat selain mendoakan dirinya menjadi insan lebih baik di sisi Allah.

“Kepada diri ku, Erneelya Elyana Emrizal… Tetaplah menjadi dirimu… Tetaplah menjadi insan yang kuat fizikal dan mental.

Please untuk tahun 2019 ni, jangan cepat putus asa sebab saya tahu awak kuat Nana! Semoga menjadi manusia lebih baik.

Elyana mengumumkan dia menghidap kanser ketika tersingkir pada minggu kelima program Gegar Vaganza musim keempat dua tahun lalu.

“Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana masih memberiku peluang untuk melangkah ke tahun 2019. Semoga aku menjadi hambaMu yang lebih baik Ya Allah… Terima kasih korang semua untuk tahun 2018,” katanya.

Pada Oktober lalu, Elyana menyahaktifkan akaun Instagram miliknya selepas ada individu memberi teguran pedas kepadanya berhubung penyakit dihadapinya.

Ketika itu, kanser Elyana mendedahkan barah limfoma dihadapinya dikesan merebak di sekitar saraf tunjangnya dan boleh mengakibatkan lumpuh.

Elyana perlu menjalani rawatan radioterapi atau terapi sinaran iaitu kaedah perubatan untuk merawat dan mengawal sel-sel barah sebanyak 10 kali rawatan