Eina Azman Dikatakan Potong Q Dan Padam Foto Terima Suntikan Vksin Di IG

Menerusi perkongsian di Instagram semalan, Eina Azman dan suami telah mengambil suntikan vksin dipercayai di sebuah Hospital di Perak.

Dah ambil vksin

Hi guys, Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, saya dan suami sudah ambil dos pertama vksin. Tak sakit pun guys. Bagi Eina, hanya sakit kepala lepas suntik. Tapi ianya sementara sahaja selepas saya tidur seketika. Hari ni saya rasa lapar dan nak makan banyak. Setiap orang mungkin berlainan kesannya. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Eina berkongsi pengalaman dan kesan selepas mengambil suntikan vksin namun tidak lama selepas itu, dia dipercayai telah memadam posting berkenaan. Hasil tinjauan di Twitter, Eina Azman dan suaminya didakwa telah menerima suntikan vksin di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh.

Namun yang menjadi perhatian netizen ialah program suntikan vksin secara tempahan bagi vksin AstraZeneca yang dibuka pada awal Mei lalu hanya boleh ditempah oleh penduduk di kawasan Lembah Klang sahaja. Sekaligus mengundang persoalan ramai jenis vksin yang disuntik Eina. Bukan itu sahaja, program imunisasi kerajaan pula kini masih di peringkat kedua iaitu pemberian vksin kepada golongan emas.

Bukan iri hati

Berikutan daripada itu juga, netizen meluahkan rasa tidak puas hati sebaik sahaja melihat posting yang dimuat naik oleh Eina. Sehingga kini, Eina dipercayai masih belum memberi penjelasan berhubung perkara tersebut. Ujar segelintir netizen, sudah pasti Eina mempunyai alasan tersendiri tentang penerimaan vksin yang diambil olehnya dan suami.

Sumber: Twitter