Maknyah Ini Buka Mulut Apa Yang Terjadi Selepas Dikuarantin Dengan Semua Lelaki

“Mula-mula masuk rasa seganlah, tapi dalam sehari dua saya dah dapat biasakan diri,” kata mak nyah dikenali sebagai Lala, 26, yang dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di Pasir Gudang, di sini.

Dia ditempatkan di PKRC itu pada 21 Mei hingga 29 Mei lalu selepas disahkan positif Covid-19.

Lala berkata, ketika mula ditempatkan di situ, dia segan dan malu, namun lama kelamaan dia dapat menyesuaikan diri.

“Syukur alhamdulillah… kami semua dah macam satu keluarga. Tak ada yang menyakat, semua dah macam kawan dalam PKRC.

“Di PKRC layanan semua baik, banyak aktiviti yang kami buat dalam itu termasuk bersenam, malah saya juga ada bantu pasukan Ihsan Johor jalankan aktiviti untuk penghuni PKRC.

“Saya ucapkan terima kisah pada pasukan Ihsan Johor dan PKRC Pasir Gudang kerana menjaga kami dengan baik,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Bercerita lanjut, Lala berkata, ketika mula-mula disahkan positif Covid-19, dia mengalami simptom seperti demam dan sakit kepala beberapa hari.

Katanya, apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan hendak menghantarnya ke pusat kuarantin, dia berasa sedih dan emosinya sangat terganggu.

“Mak (ibu) beri kata-kata semangat kepada saya. Apabila masuk pusat kuarantin, saya murung sekejap, duduk dekat katil sahaja.

“Sampaikan kawan di PKRC itu yang ambilkan makanan, alhamdulillah bila dah rapat dengan mereka, semua macam satu keluarga.

“Saya tenang dan bahagia sampai satu masa bila dah dibenarkan pulang, semua rasa sedih,” katanya.

Mengenai gambar dan video yang tular di media sosial, Lala berkata, dia tidak kisah mengenai pandangan negatif masyarakat.

Katanya, ada warganet yang baik dan mendoakan perkara positif buat dirinya.

“Saya tak kisah pun, tetapi saya ambil komen yang postif sahaja daripada memikirkan komen n3gat1f warganet,” katanya

Kredit:HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *