Zarina Anjoulie Temui Cinta Baru Selepas Bercerrai? Siap Ada Emoji Love Lagi

โ€œWow..cinta baru ke sis? Semoga anju bahagia selalu๐Ÿ˜โ€

Pernikahan yang gagal sudah pasti memberikan kekecewaan yang mendalam, namun ia tidak bermakna yang seseorang itu perlu terus menutup hati dan tidak mahu bercinta lagi.

Biarpun dikatakan membina semula kehidupan selepas bercerai bukanlah satu tempoh yang mudah dan singkat, namun mengenali seseorang mungkin mampu merawat hati yang sedang luka.

Memuat naik gambar di laman Instagram, pelakon Zarina Anjoulie atau lebih mesra dipanggil Anju telah berkongsi sekeping gambar seorang jejaka tampan berserta emoji berbentuk hati.

caption:

โ€œ๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’ž๐Ÿ’žโ€

Hantaran yang dikongsi ini telah meraih perhatian netizen yang mula berteka-teki adakah jejaka ini merupakan teman pengganti baharu dalam hidupnya meskipun mengetahui pelakon ini baru sahaja menghadapi penceraian kali kedua dengan bekas suami iaitu Eilyas Azhar pada 3 Mei lalu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji penampilan jejaka tersebut kerana kelihatan begitu tampan dan mendoakan agar Anju segera dijodohkan.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai kisah pergolakan rumah tangga pelakon ini selepas Anju dan bekas suaminya masing-masing saling berbalas kenyataan menerusi laman Instagram milik mereka.

Malah, talak yang dilafazkan oleh bekas suaminya itu juga menjadi kontroversi selepas dia sendiri mengumumkan menerusi Instaย Storyย miliknya tentang status perkahwinan pelakon ini.

Biarpun ramai yang menaruh hati agar Anju segera bertemu jodoh, namun terdapat komen-komen nakal yang mula mengesyaki bahawa pemuda ini mungkin menjadi punca keretakan rumah tangga pelakon ini.

Walau bagaimanapun, Anju tampil menjelaskan di ruangan komen bahawa sebenarnya pemuda ini merupakan rakan karib dirinya.

โ€œhis my best frend not my bfโ€

Jelaslah, bagi warganet yang sudah lama mengikuti perkembangan Anju ini pasti mengenali pemuda itu kerana mereka merupakan rakan karib dan lelaki itu juga dikatakan sering muncul di laman Instagram miliknya pada suatu ketika dahulu.

Oh! Macam tu rupanya, ingatkan Anju sudah jumpa pengganti baharu.

Apa-apa pun diharapkan perhubungan Anju dan rakan karibnya ini berpanjangan dan tidak salah pun kalau lebih daripada sekadar kawan kan?

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Zarina Anjoulie

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebookย Cepat Berita

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN:ย Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *