“Rambut & Pakaian Macam Ni Boleh Sampai Palestin?” – Pendakwah Sinndir Caprice, Ini Jawapan Empunya Diri

Penyanyi rap dan motivator, Caprice mengakui tersinggung dengan sindiran yang dimuatnaik seorang pendakwah di media sosial baru-baru ini.

Biarpun tidak ditujukan secara langsung terhadapnya, kata Caprice dia menganggap tindakan sedemikian tidak seharusnya dilakukan terutama bagi individu yang ‘kuat agama’.

“Saya terasa sikit ramai DM saya pada satu posting di mana soerang beragama sindir orang macam Caprice.”Katanya dengan rambut dan pakaian macam saya, macam mana boleh sampai untuk membantu Palestin?

“Kepada ustaz, ini bukan kali pertama saya buat kerja ni. Semasa Amerika Syarikat declare Jurusalem as capital saya ada di sana protesting, saya hubungi kedutaan AS tanya kenapa,” jelasnya.

Caprice bagaimanapun memohon maaf sekiranya imej yang ditonjolkan tidak senang pada pandangan peribadi pendakwah terbabit.
“Saya minta maaf kalau pakaian saya tak sesuai atau tak senonoh bagi ustaz.
“Apabila ustaz cakap kita patut sokong Palestin demi ummah, bila orang macam saya sampai kenapa patut pertikai? Saya tak faham…

“Sepatutnya kita umat Islam kena bersatu. Tak kisah siapa yang sampai, janji dia dapat bantu insya-Allah. Bukan nak berpecah-belah… ini menyedihkan.

“Kebanyakan yang demotivate kita adalah orang kuat agama dan orang Islam sendiri. Tolonglah demi ummah, pastikan biar betul ikhlas,” tambahnya.

Link Video : capriceofficial

Caprice yang kini berada di Kaherah, Mesir sedang dalam misi kemanusiaan sebelum memasuki Gaza dan Palestin.

Pesan Caprice dia mungkin tidak akan mengemaskini akaun media sosialnya apabila misi paling susah itu mula dilaksanakan nanti.

Link Video – capriceofficial

Sumber : Gempak

Terdahulu Caprice Berangkat Ke Gaza – “Last Minute Dapat Kebenaran Masuk Cairo-Gaza, Cuma…”

Penyanyi rap dan usahawan Caprice akhirnya berjaya merealisasikan impiannya untuk menjalankan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin.

Berita tersebut dikongsi Caprice menerusi hantaran terbarunya di laman sosial Instagram (IG), kira-kira pukul 10.30 malam tadi.Menurut Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, dia mendapat kebenaran pada saat akhir namun berseorangan ke sana.

Bagaimanapun katanya, dia bersyukur dan memohon pengikut serta orang ramai mendoakan perjalanannya di permudahkan.

Plese doa for me Malaysia. Last minute Caprice dapat kebenaran untuk masuk ke Cairo-Gaza…Cuma kita kena fly sorang-sorang malam ni,” katanya.Perkongsian tersebut telah mendapat lebih 600,000 tontotan dengan hampir 7,000 ribu komen sejak ia dimuat naik sembilan jam lalu.

Selain itu Caprice turut meluahkan perasaan terpaksa meninggalkan kedua-dua ibu dan bapanya menerusi ruangan IG Story.

Menerusi hantaran tersebut, Caprice berkata ibu dan bapanya memberikan sokongan serta berpesan supaya tidak menoleh ke belakang lagi selepas keputusan dibuat.

“Baru selepas ucapkan selamat tinggal kepada ibu dan ayah. Mereka kata bila dah niat untuk ke Gaza jangan toleh ke belakang lagi,” tulisnya.Caprice sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk mengikut jejak pendakwah bebas Ebit Lew untuk menjalankan misi kemanusiaan di Gaza.

Malah, dia yang sepatutnya berangkat pada awal Jun lalu terpaksa menangguhkan perjalanan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0

Dalam perkembangan lain, semalam Caprice dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 kerana gagal memastikan tetamu memakai pelitup muka dalam penganjuran Majlis Berbuka Puasa dan Rapatkan Saf 2021 di sebuah hotel, April lalu.

Sementara itu lima lagi selebriti yang juga tetamu pada majlis tersebut masing-masing dikenakan kompaun RM1,500.

Berikutan keputusan tersebut Caprice reda dan akan membayar kompaun dikenakan syarikatnya Rindu Raudah Sdn Bhd namun terkilan kerana semuanya berpunca daripada seorang personaliti media sosial.

Caprice berasakan reputasi syarikatnya tercalar dan berasa tidak adil kerana orang lain terkena tempiasnya.

Sumber : gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: