Fri. Dec 3rd, 2021

Tular di media sosial apabila pelakon tanah air Sharnaaz Ahmad, menitipkan ucapan dan doa kepada Elyana yang sedang bertarung dengan penyakit kan ser limfoma tahap empat di akaun Instagram Story hari ini.

Aktor drama Bukan Aku Tak Cinta ini memberikan upacan serta kata-kata semangat buat pelatun lagu popular, Kalis Rindu dan Tak Tercapai Akalmu, yang sabar dan tabah dalam mengharungi ujian kesihatan yang Allah S.W.T berikan.

Mengagumi Semangat Kental Elyana

Menerusi hantaran Sharnaaz di Instagram Story, pelakon ini sangat menghormati dan mengagumi semangat cekal Elyana dalam berdepan dengan penyakit yang dialaminya.

Foto – Instagram Sharnaaz Ahmad @sharnaazahmad

“Elyana, tidak pernah kenal anda secara berdepan, hanya nama dan tv. Tapi cuma nak bagitahu, sayang sangat hormat dan kagum dengan semangat Elyana. Kekal kuat dan semoga Allah permudahkan segalanya.” Tulis Sharnaaz

Aktor ini juga menyatakan agar setiap insan dapat menjadi seperti Elyana, tak pernah mengalah dalam apa sahaja dugaan.

Terdahulu Elyana terus kuat lawan kan ser

Kuala Lumpur: Keinginan mahu terus bermain lagi dengan anak-anak mendorong penyanyi dan pelakon, Elyana Emrizal, 34, nekad menjalani rawatan radioterapi mulai hari ini.

Elyana berkata, dia memohon doakan saya supaya terus kuat untuk menjalani

“Saya tahu harus kuatkan diri untuk melakukan rawatan radioterapi ini demi anak-anak saya. Mereka berdua masih kecil dan saya perlu bersama mereka lagi,” katanya.

Menurut Elyana, dia akan melakukan rawatan itu sebanyak 10 sesi dan harus menghadapinya dengan cekal berikutan berat badannya kini hanya sekitar 35 kilogram.

“Walau apapun cabarannya, saya akan cuba harungi kerana masih lagi nak bermain-main dengan anak-anak. Saya tak mahu terbaring saja kerana rasa lemah dan cepat penat.

“Saya tak mahu melakukan kimoterapi kerana rawatan itu akan membuatkan saya bertambah sa kit dan jadi lemah. Jadi, saya ambil keputusan untuk melakukan rawatan radioterapi saja.

“Harapan saya mudah-mudahan selepas melakukan rawatan ini saya masih ada masa lagi untuk bermain dan bersama-sama dengan anak-anak,” katanya yang menghidap kan ser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu.

Menurut Elyana, dia juga sudah menerima dua beg darah yang dimasukkan ke dalam badannya dan memakan masa selama enam jam bermula malam tadi.

Elyana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan anak perempuan Cinta Sumayyah, 10, serta memiliki anak angkat, Cahaya Ramadhani, 2.

Sumber : hmetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *