Fri. Dec 3rd, 2021

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada jam 9 malam ini.

Perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung di beberapa rangkaian stesen media elektronik negara.

Pada Jumaat lepas, Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini bagi membendung penularan Covid-19.

Sidang khas itu yang dipengerusikan oleh Muhyiddin itu turut memutuskan semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh MKN.

Pada awal permulaan PKP 1.0 dan PKP 2.0, kerajaan berbelanja banyak untuk kita dan pada ketika itu pelbagai insentif ransangan ekonomi untuk membantu rakyat.

Apabila tinjauan dibuat di laman FB Perdana menteri, ramai kalangan warganet berharap dapat keluarkan wang KWSP, moratorium, I-Sinar dan sebagainya seperti mana sebelum ini.

Mohon luluskan i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0

Ketua Pemuda UMNO menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan kerana akhirnya mendengar suara hati dan rayuan rakyat yang mahukan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya.

”Akhirnya Kerajaan keluarkan kenyataan rasmi untuk melaksanakan TOTAL LOCKDOWN @ PKP PENUH.

”Terima kasih kerana akhirnya mendengar suara hati dan rayuan rakyat!,” kata Datuk Asyraf Wajdi Dasuki

Beliau turut melahirkan harapan agar Kementerian Kewangan segera umumkan Pakej Bantuan Khas untuk rakyat yang terjejas sepanjang penutupun ini.

Selain itu membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja – i-Sinar 2.0, i-Lestari 2.0 dan arahan khas menggunakan kuasa di bawah Ordinan Darurat untuk mengarahkan institusi bank dan kewangan memberikan Moratorium 2.0 selama tiga hingga enam bulan tanpa caj tambahan.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *