Kerajaan dijangka umum bantuan i-Sinar, moratorium, diskaun bil elektrik

KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka mengumumkan bantuan melibatkan pemberian moratorium dan i-Sinar bagi meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19, dalam masa terdekat.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, mengesahkan perkara itu dalam satu perkongsian ringkas di laman Facebook beliau. “Isu moratorium dan i-Sinar. Saya sudah berbincang dengan Perdana Menteri dan agensi-agensi berkaitan.

“Kerajaan mendengar suara rakyat dan bantuan yang wajar akan diumumkan dalam masa terdekat, insya-Allah,” kata Tengku Zafrul.

Sumber Facebook tzafrulaziz

Dalam perkembangan sama, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Shamsul Anuar Nasarah turut memberi petunjuk bahawa pengumuman bantuan diskaun Tenaga Nasional juga dijangka diumumkan.

“Saya ditanya pelbagai pihak. Kerajaan memahaminya. Oleh itu. Kepada semua. Rebat ICPT & Diskaun Elektrik akan diumum sedikit masa lagi,” katanya dalam perkongsian di laman Facebooknya.

Segala bantuan ini mungkin merupakan antara pakej bantuan COVID-19 berskala besar yang akan diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, seperti yang disebut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin, pada Khamis.

Beliau sebelum ini mendedahkan bahawa kerajaan akan mengumumkan satu lagi pakej bantuan ekonomi, namun tidak memberi sebarang perincian berhubung bantuan berkenaan termasuk jumlah dan bila ia akan diumumkan.

Sumber : astroawani

Terdahulu kementerian Kewangan sedang perincikan bantuan lain – Tengku Zafrul

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan akan terus memantau dan memperincikan lain-lain bentuk bantuan yang akan disalurkan kelak sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan baki RM100 bilion daripada pakej rangsangan ekonomi serta RM200 bilion dari Belanjawan 2021 yang masih belum dibelanjakan.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata bantuan semasa PPN masih dalam proses perincian dan kajian yang lebih lanjut mengenai langkah seterusnya yang boleh diperkenalkan untuk membantu kelangsungan rakyat dan perniagaan dalam mendepani cabaran sepanjang bulan yang akan datang.

Walau bagaimanapun, beliau berkata, bantuan sedia ada akan disalurkan secara berterusan termasuklah pakej Program Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) yang diperkenalkan bagi mengurangkan beban rakyat semasa Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Tidak terpisah, saling melengkapi dan semuanya dijalankan berterusan; inilah inti pati bantuan yang telah dilaksanakan, dan yang sedang dirancang di bawah PPN.

“PPN akan dijalankan secara berfasa dengan nilai ambang atau petunjuk utama yang perlu dicapai sebelum beralih dari satu fasa ke fasa yang seterusnya. Ini bermakna, sekiranya nilai ambang yang ditetapkan tidak dicapai, negara tidak akan bergerak ke fasa berikutnya di dalam PPN,” katanya dalam Laporan LAKSANA ke-58.

PPN diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15 Jun 2021, dengan petunjuk utama dipantau ialah bilangan kes jangkitan harian; keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di Wad ICU dan tahap populasi yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga melindungi individu yang hilang pekerjaan daripada semua golongan dan juga mereka yang terjejas di dalam sektor yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Fasa 1, 2 dan 3.

Beliau menjelaskan, sebagai satu bentuk perlindungan daripada masalah kewangan dan aliran tunai, mereka boleh mendapatkan moratorium pinjaman automatik selama tiga bulan atau pengurangan bayaran sebanyak 50 peratus selama enam bulan.

“Kementerian Kewangan telah menekankan kepada sektor perbankan supaya mempermudahkan pelaksanaan bantuan moratorium dan

pengurangan ansuran pinjaman kepada mereka yang terjejas akibat kehilangan pekerjaan atau pun pengurangan pendapatan,” katanya.

Sumber : BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: