Wanita Berkumpulan Ini Tubuh Kumpulan ‘Heavy Metal’ Untuk Ubah Persepsi Masyarakat

Sebut tentang ‘heavy metal’, pasti ramai yang terbayang lelaki bertatu dan bertindik disertai gaya rambut pacak sambil menyanyi dengan cara menjerit lagu secara agresif.

Bagaimanapun, sebuah kumpulan ‘heavy metal’ di Indonesia ini menolak segala andaian dan stereotaip apabila semua anggotanya terdiri dari gadis muda berhijab.

Voice of Baceprot ubah stereotaip terhadap gadis kampung

Dikenali dengan nama Voice of Baceprot (VOB), kumpulan ‘heavy metal’ itu dianggotai 3 orang gadis berumur 19-20 tahun, Firda sebagai vokalis dan gitaris, Widi sebagai bassist dan Euis sebagai drummer.

Memetik temubual di YouTube South China Morning Post, 3 gadis berasal dari Jawa Barat itu mendedahkan bahawa tidak ramai wanita kampung mereka yang bebas mengejar impian kerana kebanyakannya berkahwin di usia muda.

Jadi mereka ingin mengubah stereotaip atau persepsi orang ramai terhadap gadis kampung dan dari situlah tercetusnya idea menubuhkan kumpulan heavy metal.

Setelah bekerja keras sejak tahun 2014, akhirnya mereka berjaya memujuk ibu bapa mereka mereka menggapai impian dengan tertubuhnya kumpulan VOB serta dapat melakukan persembahan di kaca televisyen.

Tujuan mereka hanya 1 iaitu untuk membanggakan kedua ibu bapa kelak.

Single popular “School Revolution” kritik sistem persekolahan Indonesia

Menurut The Asean Post, mereka mula berhijrah ke bandar setelah single mereka berjudul “School Revolution” menjadi popular pada tahun 2018.

Lirik berunsur perjuangan peranan wanita dan isu persekitaran

Apa yang lebih menarik ialah majoriti lirik lagu mereka memberi tekanan kepada peranan kaum wanita dalam masyarakat dan juga isu persekitaran.

Bukan itu sahaja tau, kumpulan VOB juga pernah mengadakan konsert antarabangsa secara online seperti di WOW UK Festival di England dan Global Just Recovery Gathering tau! Bukan biasa-biasa.

Dalam pada itu, mereka berharap agar suatu hari nanti usaha keras mereka boleh membawa kumpulan VOB ke festival music Amerika Syarikat, Coachella suatu hari nanti.

Malah, mereka juga memasang impian untuk berkolaborasi dengan kumpulan ‘heavy metal’ terkenal seperti System of a Down.

Tonton video penuh:

Sumber: The Asean Post, YouTube South China Morning Post

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *