Tindakan Pelumba Negara Mengelak Dari Terikut Budaya “Sembur Air” Buat Ramai Warganet Memujinya

Baru saja dilaporkan pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman telah menjadi juara dalam World Championship di Barcelona dan sudah pasti perkara tersebut menjadi kebanggaan negara kerana lagu Negaraku dapat dimainkan di Sepanyol.

Namun, terdapat satu potongan video yang dikongsi oleh warganet di laman TikTok yang memaparkan Syarifuddin atau lebih dikenali dengan nama Damok mengelak daripada mengikuti budaya luar ketika menyambut kemenangan iaitu menyembur air minuman.

Difahamkan, negara luar mengamalkan budaya menyembur minuman beralkohol sebagai tanda menyambut kemenangan. Namun, di dalam video tersebut difahamkan ianya bukanlah minuman beralkohol memandangkan peserta yang mengikuti perlumbaan tersebut masih di bawah umur.

Meskipun ianya hanya air biasa, namun tindakan Damok menghindarkan diri daripada budaya tersebut dipuji warganet sekaligus mendapat perhatian daripada pengacara dan selebriti, Fakhrul UNIC yang turut berkongsi video tersebut di laman Instagram miliknya.

Sumber : Oh Media

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: