Pelakon Azar Azmi Dedah Ciri Pasangan Yang Dia Cari, Siapa Ada Ciri-Ciri Macam Dia Nak Tu?

PETALING JAYA – Ditanya pengikutnya dalam Instagram tentang ciri pasangan yang menjadi idamannya, pelakon Azar Azmi mendedahkan bahawa dia mahukan seorang lelaki yang boleh menjadi seorang pendengar yang baik dan sentiasa memberinya semangat.

Perkara itu didedahkan Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi, 32, menerusi sesi soal jawab bersama pengikut yang dimuat naik dalam InstaStory miliknya.

“Apa yang Azar inginkan daripada pasangan?” tanya seorang pengguna Instagram.

Menerusi jawapan yang diberikan, Azar berkata dia tidak mengharapkan lebih, cukup jika pasangannya itu sentiasa menyokongnya.

“Cukup bagi semangat kepada saya untuk terus berjuang dan sentiasa ada bila saya perlukan (jadi pendengar),” katanya.

Ujar pelakon drama D.erita Untuk Bahagia itu lagi, dia tidak meminta pasangannya untuk memberikannya sebongkah berlian kerana berpendapat bahawa harta dunia boleh dicari bersama-sama.

“Kepercayaan dan hati yang tenang yang saya mahukan. Yang paling penting bila penat seharian bekerja, saya cuma mahukan seseorang untuk saya bercerita dan berkongsi segalanya bersama-sama,” katanya.

Dalam pada itu, Azar memberitahu bahawa dia tidak mahu pasangannya gemar menghakimi orang lain sebaliknya mengharapkan lelaki tersebut adalah seseorang yang memiliki hati yang baik dan sentiasa positif.

Sekadar info, Azar sebelum ini mengakui sudah menemui pengganti, namun pengalaman p.utus tunang mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi perihal peribadi kepada umum.

Sebelum menyertai Dewi Remaja, Azar memulakan kerjaya lakonan melalui watak tambahan, menurutnya dalam temuramah, “saya masih ingat ketika masih belajar di tingkatan tiga dan menetap di Seremban, arwah ibu pernah menemani saya ke lokasi penggambaran.

Saya jadi pelakon tambahan.Pada tahun 2010, beliau menjadi salah seorang peserta Dewi Remaja 2009/10 yang turut disertai oleh Neelofa (juara), Izara Aishah, Anzalna Nasir, Syatilla Melvin dan Ramona Zamzam.

Selain itu, beliau juga merupakan usahawan dan pengasas produk kosmetik ZS Instant White dan butik AZARHOF.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, muncul khabar angin mengatakan bahawa dia kini sedang dalam fasa untuk mengenali hati budi selepas dikaitkan mempunyai hubungan istimewa bersama pelakon, Hafreez Adam.

Kredit : Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: