Peminat Sound Ayda Jebat Suruh Study Dulu Sebelum Bunyi Selepas Usia Kandungan Ayda Jebat Jadi Persoalan

Baru baru ini kecoh di laman Twitter apabila ada seorang pengguna mempersoalkan usia kandungan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, 29.

“Aku rasa macam Ayda Jebat baru ja kahwin tapi tetiba mengandung dah. Ka sebenarnya dia dah lama kahwin aku saja tak perasan?” tulisnya di laman Twitter.

Enggan mendiamkan diri, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat tenang melayan keraguan individu tersebut.

Pelantun lagu Parah Parah itu menekankan dia kini sedang hamil lima bulan dua minggu.

“Nikah 1.1. 2021. Hari ini 12 Jun 2021. Sekarang 5 bulan 2 minggu mengandung. ‘Tetiba mengandung’? Tolong buat pengiraan anda,” balasnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat kagum dengan respon yang diberikan pelakon drama Cindai yang langsung tidak melatah.

“Betul tu Kak Ayda, dan untuk semua perempuan, kira kandungan anda bermula dari hari pertama hari akhir haid (period) kita ya.

“Tahniah.. Itu bukan tetiba mengandung itu rezeki. Ada orang kata bunting pelamin. Ada orang lagi awal.

“Mungkin dia masih bujang. Kandungan dikira dari hari pertama period yang terakhir. Mungkin adik tak perasan? Atau adik dulu tak ambil subjek biografi?” antara komen-komen ditulis.

Menerusi hantaran yang berbeza, isteri kepada pengacara Nabil Mahir, 33, ini memberi peringatan kepada semua orang untuk sentiasa bersyukur dalam menjalani kehidupan.

“Bila lambat kahwin ‘bila nak kahwin? Bila kahwin muda ‘dah gatal sangat ke?

“Bila pregnant cepat ‘eh tetiba mengandung? Betul ke mengandung, cepat eh?

“Bila lambat dapat zuriat ‘bila nak mengandung? Syukur, cermin dan lalui kehidupan sendiri,” tulisnya.

Terdahulu, Ayda dan Nabil sah menjadi pasangan suami isteri pada 1 Januari lalu hanya dengan sekali lafaz.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

 

Sumber:Gempak

 

Terdahulu Ayda Jebat, Nabil Mahir nikah 1 Januari 2021 – “Saya pilih tarikh paling senang nak ingat”


PASANGAN selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada awal Januari tahun depan.Menurut Nabil, 32, setelah memikirkan beberapa tarikh bersesuaian, mereka sepakat memilih 1 Januari kerana lebih mudah untuk diingati.

“Ini adalah pengumuman majlis perkahwinan kami iaitu pada 1 Januari 2021.

“Saya pilih tarikh kahwin paling senang nak ingat… mulanya saya dah bagi beberapa tarikh tapi Ayda macam bagi cadangan lain sebab dia mungkin tak ingat date nanti.

“Kami harapkan keluarga, kawan-kawan dan peminat mendoakan yang terbaik untuk kami berdua,” katanya.

Nabil pilih tarikh yang mudah untuk diingati oleh Ayda.

Nabil dan Ayda membuat pengumuman istimewa itu menerusi saluran YouTube mereka Wuvv Show pada pagi Sabtu.

Pada 28 April lalu, Nabil dan Ayda mengikat tali pertunangan secara atas talian selepas setahun menjalinkan hubungan istimewa.

Pasangan ini bertunang melalui aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pasangan ini bertunang secara atas talian.

Sebelum ini, Nabil melamar Ayda pada malam sambutan hari jadi penyanyi itu yang ke-28 pada 17 Mac lalu.

Dalam satu temubual, penyanyi lagu Temberang ini mengakui mula berkawan rapat dengan Nabil pada Ramadan tahun lalu dan menyimpan niat untuk menamatkan zaman bujang bersama pengacara itu.

“Memang saya mengharapkan hubungan kami sampai ke tahap ini. Saya tidak mahu membuang masa.

“Saya juga sudah berusia 28 tahun, tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua untuk berkahwin,” katanya.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: