Ayah Tercinta Ustaz Edit Lew Baru Sahaja Hembus Nafas Terakhir, Ini Kata Kata Ustaz Ebit Buat Ramai Orang Sebak

Posting Dari FB Ustaz Ebit Lew:-

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti ebit sampai yer.  Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau,hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku. 

Saya dalam perjalanan ke Gleanagle Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan AlFatihah..

 

Ustaz Ebit Lew Kini Diuji!! K4nser Ayah Tahap Empat,Doktor Cakap Menanti Hari Je!! Dapat Kebenaran Tengok Ayah.Ini Kata Kata Ustaz Ebit Lew Yang Meruntum Hati Undang Rasa Sebak,Doa Kan Ayah Uztaz Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew Diuji Lagi Sekali

Pohon doakan buat ayah saya ya. Dr kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak semua. Semoga Allah mudahkan buat ayah saya. Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full ppe dan test covid negatif. Terima kasih kkm. Lama lagi kuarantin. Maafkan ebit ye bapak. Ebit tak dapat jaga disaat begini. Terima kasih adik beradik semua yang menjaga. Terima kasih semua yang mendoakan.

Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila. Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang kulakukan. Alu hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah.

Posting Asal

Sumber: fb ebit lew

Terdahulu…

‘Ayah pesan sempurnakan kerja di sana kerana Allah’ – Ebit Lew mohon doakan bapa terlantar sakit

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi di media sosialnya tentang berita terbaharu bapanya.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram, Ebit memaklumkan status kesihatan bapanya yang kini berada pada tahap kurang memuaskan dan dijaga oleh abangnya.

“Pohon doakan ye. Sakit ayah semakin berat. Sekarang di hospital di jaga oleh abang saya. Pohon doakan Allah hilangkan rasa sakitnya dan beri cepat sembuh,” kata Ebit dalam hantarannya yang dimuat naik pada Jumaat.

“Ya Allah…. sembuhkanlah ayah ku. Bila call ayah masa sedar, ayah cakap sempurnakan kerja di sana kerana Allah. Hidup ini satu perjuangan. Kadang dah tak sedar sangat. Ya Allah…

“Insya-Allah akan balik dalam masa terdekat. Doakan yer semuanya,” tulisnya.

Difahamkan, pemdakwah kesayangan ramai ini dipercayai masih berada di Mesir kerana melaksanakan misi kemanusiaan di Gaza.

Ebit berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat penindasan dan serangan Israel.

Terdahulu, Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan, misi kemanusiaan Ebit dan delegasinya itu berjalan dengan lancar dan sentiasa memberikan perkembangan tentang misi tersebut.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata pendakwah berkenaan ke Mesir untuk misi tersebut bermula 25 Mei hingga 30 Mei 2021.

Sumber: Astroawani

Olahan Oleh: Team Walla

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: