Hafiz Suip Buat Ramai Yang Mula Bimbang Selepas Badannya Semakin Susut Dan Dia Minta Maaf Dan Berpesan Tentang K3m4tian

Perkongsian terbaharu menerusi hantaran foto hitam putih penyanyi Hafiz Suip mencetuskan kerisauan ramai.

Malah, ada yang tertanya-tanya keadaan pelantun lagu Awan Nano itu yang kelihatan semakin susut berat badannya.

“Kenapa kurus sangat ni?” demikian soalan yang ditulis kebanyakan peminat menerusi ruangan komen Instagram Hafiz.

Pada hantaran terbabit, Hafiz tampil memohon maaf dan merayu doa daripada pelayar media sosialnya sambil berpesan tentang azab Allah serta kema tian.

“Hafiz Suip betul-betul memohon maaf atas apa yang telah dia lakukan terhadap anda sekiranya ada yang terkecil hati, tersalah cakap dan sebagainya yang ada dendam yang tersimpan selama ini. Maafkan saya.

“Ini bukan cerita sedih atau cerita dongeng..tapi hakikatnya saya takut a.zab Allah SWT di mana satu hari apabila saya mati saya akan dihisab.

“Gaiss saya tak da lah mintak lebih cuma doakan yang baik dan saya mintak kalian bermodalkan 5 minit ja..ada masalah 2 rakaat mintak dengan Allah itu ja.

“Jangan harapkan makhluk..maksudnya jangan harapkan diri kita sekalipun…sebab yang menggerakkan kita Dia jugak..InshaAllah hati tenang pasti jumpa solusi,” tulisnya.

SUMBER: GEMPAK

Terdahulu Lama ‘menghilang’: Hafiz Suip kongsi detik sukar yang dilalui

Lama 'menghilang': Hafiz Suip kongsi detik sukar yang dilalui

Hafiz Suip menyertai beberapa artis popular muncul sebagai penyampai berita undangan di saluran Astro AWANI. – Gambar Astro AWANI

HAMPIR tiga tahun kelibat Hafiz Suip tidak kelihatan dalam gelanggang industri muzik tanah air.
‘Kehilangan’ juara Akademi Fantasi (AF) musim ke-7 ketika namanya gemilang di puncak menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat. Apa punca Hafiz menyepi dari bidang seni suara? Benarkah penyanyi berusia 29 tahun itu sudah mula kehilangan pengaruh?

Dalam satu pertemuan dengannya baru-baru ini, penyanyi kelahiran Sarawak itu menjawab persoalan yang diajukan kepadanya. Mengakui namanya agak ‘tenggelam’ dalam lambakan penyanyi baharu, Hafiz berkata, menyepi dari bidang nyanyian bukanlah pilihannya.
Sebaliknya, dia yang pernah masyhur dengan lagu Bahagiamu Deritaku dan Awan Nano berkata, sepanjang tiga tahun ‘menghilang’ itu dia melalui jalan yang sukar dalam mencari ilham untuk menulis lagu.

Dalam nada yang sebak dan luluh, Hafiz mendedahkan bagaimana fasa itu tambah memeritkan apabila beberapa kali lagu yang digubahnya tidak diterima untuk dipasarkan.

“Apabila saya bagi lagu saya (kepada syarikat rakaman) sesetengah pihak mengatakan lagu itu bukan untuk pendengar-pendengar zaman sekarang. Saya tidak tahu apa penyelesaiannya.

“Namun, saya percaya semua yang berlaku bergantung pada rezeki… ada masa kita berada di bawah dan ada masa kita berada di atas,” kata Hafiz berkongsi perasaan dengan Astro AWANI.

Ketika industri hiburan dibanjiri dengan bintang-bintang baharu yang digelar sebagai ‘Budak Baharu Nak Up’ (BBNU), Hafiz tidak pula gelisah atau berkecil hati hanya kerana golongan itu mengambil alih kedudukannya dan sebilangan rakan-rakannya.

Sebaliknya, sebagai seorang yang berfikiran positif, Hafiz yang juga bapa kepada Muhammad Riyadh Zefri, 2, berkata, fenomena BBNU merupakan suatu yang positif untuk perkembangan industri muzik.

Hafiz dan anak sulungnya, Muhammad Riyadh Zafri sewaktu di Pulau Redang bagi penggambaran muzik video ''Kisah Cinta Kita''.
Hafiz dan anak sulungnya, Muhammad Riyadh Zafri sewaktu di Pulau Redang bagi penggambaran muzik video ”Kisah Cinta Kita”.

Cabaran besar di dalam industri hiburan pada hari ini,” ujar Hafiz lagi.
Dalam pertemuan itu, Hafiz turut berkongsi mengenai single terbaharunya berjudul Kisah Cinta Kita yang disifatkannya sebagai buah tangan sempena kemunculan semulanya dalam arena seni suara.

Single ciptaan Ayden Ali dan Ikhwan Fatanna itu sudah dua bulan dipasarkan secara digital.
Sementara muzik video lagu berkenaan yang dimuat naik di laman YouTube sehingga kini telah meraih jumlah tontonan sebanyak 1.4 juta.

Sumber : Astro Awani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: