PU Syed Tegur Individu Biadab Selepas Ajak Kuliah Macam Ajak Gadvh

Tular di media sosial baru ini di mana penceramah bebas PU Syed berkongsi screenshot di akaun Instagramnya (kini sudah tiada), yang mana PU Syed menerima mesej kiriman jemputan ceramah.

PU Syed menegur cara individu Muslim yang menghantar kiriman mesej jemputan itu, tanpa dimulakan dengan ucapan ‘Assalamualaikum’ atau ‘Salam’ merupakan perbuatan yang tidak beradab.

Mulakanlah Dengan Salam, Saudara – PU Syed

Melihat peti mesej WhatsApp yang menerima jemputan ceramah tanpa dimulakan dengan salam, membuatkan penceramah ini memberi teguran dan menganggap mesej jemputan tersebut seperti mengajak pergaduhan.

Foto – Instagram @_pusyed

“Ini bukan cara menjemput, ini cara macam nak ajak gaduh. Beradablah. Beri salam dahulu, jangan terus terjah.” Luah PU Syed

Sekarang ini ramai orang Muslim yang menghantar kiriman mesej tanpa memberi Salam, dan ianya seolah-olah sudah menjadi satu kebiasaan dalam hidup masyarakat moden sekarang.

Jadikan amalan memberi Salam sebahagian dalam rutin kehidupan, dan sekaligus dapat mengekalkan ikatan silaturahim menerusi kiriman mesej yang dihantar kepada sesiapa jua yang menerimanya.

Sumber : Murai

Siapa PU Syed @ Syed Bakri? Syed Mohd Bakri Syed Ishak yang juga nama popularnya, Pu Syed (kini dikenali sebagai Syed Bakri) merupakan seorang pendakwah bebas dan usahawan Malaysia.

Beliau merupakan bakat kelahiran program realiti Pencetus Ummah Musim 3 (2015) iaitu sebuah rancangan pencarian pendakwah ‘versatile’  daripada kalangan lelaki Muslim dari seluruh negara.

Pencetus Ummah 2015 turut dibarisi PU Amin, PU Ramadan, PU Muhsin, PU Angah, PU Hilmi, PU Taha, PU Adek, PU Zaid, PU Abu, Pu Merico dan PU Alen.

Selaku juara Pencetus Ummah, beliau meraih ganjaran berupa wang tunai bernilai RM100,000.

Biodata Dan Latar Belakang

  • Nama sebenarnya, Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak.
  • Menggunakan nama komersial, PU Syed – dan kini dikenali sebagai Syed Bakri.
  • Berumur 38 tahun (2020).
  • Kelahiran Kuantan, Pahang.
  • Kediamannya terletak di Ipoh, Perak.
  • Namanya sebagai pendakwah mula dikenali umum selepas penyertaan dalam rancangan realiti Islamik, Pencetus Ummah musim ketiga pada tahun 2015 yang mengangkatnya sebagai juara.
  • Antara lain, Pencetus Ummah 2015 anjuran Astro Oasis itu turut memperkenalkan pendakwah-pendakwah ternama seperti PU Abu dan PU Amin.
  • Mendirikan rumah tangga pada 2006.
  • Sehingga kini laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @syedbakri_alyahya mengumpul lebih 120,000 pengikut.

Fakta Menarik

  • Pernah berkhidmat sebagai guru dalam subjek bahasa Arab.
  • Ketika berentap dalam Pencetus Ummah, beliau cukup dikenali dengan taglinenya yang berbunyi, “Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut Islam semua bereh boh”.
  • Merupakan pengasas Maahad Tahfiz Vokasional Baitul Dhiya’ (MATAVBAIDHI).
  • Mengusahakan Produk Rangkaian Teen yang juga diasaskannya.
  • Terkenal dengan keberanian dalam bersuara lantang menegur secara terbuka para selebriti tempatan, antara yang mendapat perhatian beliau seperti pelakon Fasha Sandha, Nur Fazura, Zul Ariffin, Nabila Huda, Zarina Anjoulie dan Janna Nick.
  • Sejak Mei 2020 beliau menukar nama panggilan daripada PU Syed kepada Syed Bakri kerana ingin memudahkan urusan dakwah tanpa dikaitkan dengan apa-apa gelaran.

 

Video

Kredit video: Pencetus Ummah 2015 – PU Syed (Akhir)

 

Sumber:

1. Tuah guru bahasa Arab

2. Jangan simbah minyak pada api – PU Syed

3. “Rasa Lebih Mudah Untuk…”- Buang Panggilan PU, Syed Bakri Mahu Mula Kehidupan Baru

4. Facebook PU Syed

Sumber : iluminasi

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: