Pengantin Lelaki Ini Dilaporkan Tiba-Tiba Craikan Isterinya Selepas Habis Akad Nikah

Saat ijab dan kabul merupakan detik bermakna dalam kehidupan seseorang. Pun begitu, seorang lelaki di Nusa Tenggara Barat, Indonesia mengejutkan orang ramai apabila melafazkan talak kepada sang isteri sebaik sahaja akad nikah dijalankan, lapor sumber.

Menurut SuaraJogja.id, tindakan lelaki itu telah menyebabkan kekecohan di hari perkahwinannya apabila keluarga pengantin wanita mengamuk menyaksikan perkara tersebut.

Berkongsi semula video berdurasi 1 minit 45 saat dimuatnaik @pakde.brengos, portal itu menceritakan saat lelaki berkenaan memegang tangan pengantin perempuan dan menarikkan kerusi buat wanita itu di meja ijab kabul.

Beraksi lagaknya suami mithali, lelaki itu membetulkan gaun pengantin perempuan yang terjuntai ke lantai sebelum dia duduk.

Melalui video tersebut, pengantin perempuan ditanya sama ada ingin meminta mahar ataupun tidak, bagaimanapun dia menjawab “Tidak” sebanyak dua kali.

Video kemudian terus memaparkan ketika pengantin lelaki hendak menandatangani sebuah dokumen tanpa menunjukkan saat melafazkan ijab dan kabul.

Namun, selepas meletakkan pen, pengantin lelaki kemudiannya mengambil mikrofon dan terus melafazkan talak di hadapan orang ramai.

Tidak membuang masa, seorang lelaki dipercayai ahli keluarga pengantin perempuan meny.erang lelaki tersebut sehingga berlaku pergelutan antara keduanya.

Pun begitu, motif sang mempelai lelaki menc.eraikan wanita itu tidak diketahui, tulis portal berkenaan.

Reaksi netizen :


Video : pakde.brengos
Sumber: Suara.jogja.id via sk

Walaupun Sayang, 6 Sebab Ini Boleh Jadi Punca Kenapa Suami Lafazkan Cer.ai

Walaupun Sayang, 6 Sebab Ini Boleh Jadi Punca Kenapa Suami Lafazkan Cerai

Alasan suami cer.aikan isteri bukan sahaja kerana mereka jumpa wanita lain atau mereka sudah tidak sayang lagi. Ini antara 6 alasan suami yang lain.

Selalunya, kita sering dengar alasan suami cer.aikan isteri kerana mereka tertarik dengan perempuan lain atau perasannya tak sama seperti dulu, kan? Tapi bagaimana pula jika suami yang masih sayang dan cinta pada isteri memutuskan yang dia mahu berce.rai?

Mungkin tidak masuk akal untuk suami tinggalkan isteri jika mereka masih sayang di antara satu sama lain. Tapi ada banyak alasan dan faktor lain yang membuatkan suami ce.raikan isteri walaupun masih sayang.

Hari ini, kami akan kupas apa 6 bentuk alasan mengapa suami ce.raikan isteri yang mereka masih sayang. Jom lihat apakah alasan tersebut!

6 alasan mengapa suami ce.raikan isteri yang mereka masih sayang

1. Beban emosi yang tidak tertanggung

suami tinggalkan isteri, suami meninggalkan isteri, isteri ditinggal suami, suami ceraikan isteri, bercerai

Hal ini biasa terjadi pada pasangan yang kahwin muda dan mengharapkan perkahwinan hanyalah perkara-perkara yang indah saja. Akibatnya, apabila ada masalah, mereka tak mampu untuk menanggungnya dan memilih untuk “angkat kaki”.

Ia selalu terjadi apabila kedua-duanya mahukan pasangan mereka membuatkan mereka bahagia tanpa memikirkan perasaan pasangan, dan tanpa mengetahui yang mereka juga perlu bahagiakan pasangan mereka.

Lalu, suami akan menjadi kecewa lebih-lebih lagi selepas isteri meminta macam-macam dari suami.

Jika suami selalu dipersalahkan apabila berlaku pergaduhan, suami tidak lagi kuat untuk meneruskan perkahwinan dan memilih untuk tinggalkan isteri.

2. Beban dengan tanggungjawab

suami tinggalkan isteri, suami meninggalkan isteri, isteri ditinggal suami, suami ceraikan isteri, bercerai

Ini juga sama seperti yang pertama, beban emosi yang dirasai oleh suami. Jangkaan dari orang sekeliling tentang peranan suami yang dianggap sebagai ketua kelaurga.

Apabila jangkaan-jangkaan ini semakin berat untuk ditanggung, suami putuskan untuk meninggalkan isteri kerana tidak sanggup untuk memegang peranan sebagai ketua keluarga.

Dia mahu terlepas dari bebanan tersebut walaupun masih sayangkan pasangannya.

3. Tidak bersedia untuk komitmen jangka panjang

suami tinggalkan isteri, suami meninggalkan isteri, isteri ditinggal suami, suami ceraikan isteri, bercerai

Ini terjadi apabila mereka sudah muak dengan desakan orang sekeliling yang mahukan mereka untuk kahwin dan akhirnya berkahwin sebelum bersedia dengan sepenuhnya.

Dia mungkin belum bersedia untuk menghadapi cabaran perkahwinan dan merasakan kehidupan bujang lagi senang dari mempunyai isteri.

4. Dia merasa kehilangan jati diri

Apabila berkahwin, ia merupakan perubahan terbesar dalam kehidupan seseorang.

Kadangkala lelaki merasa yang mereka kehilangan jati diri apabila perlu menjadi lebih kuat untuk melindungi isteri atau tidak boleh melakukan hal-hal yang mereka suka sehingga mengalami depresi dan akhirnya membuat keputusan untuk berce.rai.

5. Hubungan seks hambar

suami tinggalkan isteri, suami meninggalkan isteri, isteri ditinggal suami, suami ceraikan isteri, bercerai

Pada lelaki, seks adalah faktor yang penting dalam perkahwinan. Jika dia tidak mendapatkan seks yang mereka inginkan atau kepuasan, dia memlilih untuk mencari kepuasan di luar.

6. Dibandingkan dengan lelaki lain

Salah satu kebanggaan lelaki adalah apabila mereka merasakan yang mereka berjaya memperisterikan isteri mereka dari lelaki yang menjadi saingannya.

Jadi, apabila isteri suka membandingkan suami dengan lelaki lain, ia pasti akan menimbulkan kemarahan.

Tak hairanlah jika dia tinggalkan isteri yang selalu menyebut tentang lelaki lain dan merasakan isterinya tidak menghargai dan menyayanyi dirinya lagi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! GB

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Gossip Bawang

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: